Saturday, January 8, 2011

Sembang Kedai Kopi 2

Salam..

Bertempat di sebuah kedai mamak kat Solaris Mont Kiara, aku macam biasa dengan Nescafe Ice (yg harga dia mahal - RM 3.00) dok lepak minum sambil berbual ngan seorang kawan lama. Actually dia ni pandai orangnya, bijak dari segi akademik dan serba- serbi. Kagum aku ngan dia ni. Lulusan luar negara, actually dia ni Serani. Kenal masa site visit 1 projek ketika aku berkhidmat sebagai pencacai di VI (bukan Victoria Institution). Sambil2 minum tu, x sah kalau berbual tanpa rokok dinyalakan. Mamat ni smoked Mild Seven, aku biasa la rokok favourite rata- rata mamat2 Melayu, Dunhill merah (selain Gudang Garam Surya, hehehehe). Mamat Serani ni biar la aku gelar dia sebagai Kassim jek.. (dah sah2 bukan nama sebenar kan...)

Dalam berborak2 biasa tu, kami terpandang sorang awek (hot chic la gak) masuk ke Public Bank nak cocok duit. Tiba2 Kassim bersuara,"Aku pelik la kenapa kebanyakan pompuan Melayu suka sangat baca and agung2kan karya barat..." Untuk pengetahuan, Kassim ni aku selalu gelar dia Usman Awang versi Serani. Sebab aku tak pernah jumpa 1 manusia yg bukan berbangsa Melayu yang suka kepada karya2 waima suratkhabar Melayu (dia suka baca Utusan). Aku menjawab soalan dia ngan selamba je bahawa aku mmg tak berapa sangat membaca. Dengan ertikata lain aku tak tau nak jawab soalan dia macamana. Tapi aku menambah, kemungkinan karya dari barat mempunyai mutu yang tersendiri kot.. Sama jugak dengan music, kenapa ramai rakyat Malaysia memilih untuk mengagungkan karya dari "luar Malaysia" untuk santapan halwa telinga mereka? Kassim cuma angguk2 macam tengah kumpul fakta dan ayat untuk membidas aku.

Kassim bersuara. Ntah la.. Bagi dirinya, barat ke mana ke takde beza. Yang membezakan kita hanya bahasa dan budaya. Makan tetap makan, minum tetap minum. Cuma mentaliti orang kita memang dah kena set dari dulu agaknya. Aku cuba sedapkan hati mamat Serani ni, aku bgtau yang tak semua produk Barat berkualiti, dan tak semua produk kita hancit.. Dia setuju cuma kesal dengan sikap segelintir manusia yang sangat bongkak, berpura- pura dan perasan bagus walhal mereka takde ape. Contoh terdekat seperti kejadian tahun 2001, sorang minah ni dressing maut ngalah nak gi clubbing. Bila tanya dok mana, dengan pantas dia cakap dok kat Bangsar. Bila tanya lebih detail, dia kata area2 Jalan Maarof. Wow... Tapi terkantoi la plak, member dia kenal minah tu, rupa2nya dok kat Kg Abdullah Hukum. Bukan dia nak mengutuk kawasan tempat tinggal minah tu pun. Dan sepatutnya minah tu bersyukur ada lagi rumah daripada orang2 yang merempat tinggal bawah jambatan dan sebagainya.

Moral of the story bagi aku, jangan malu dengan asal usul kita. Kalau Melayu kita ni, Melayu la jugak sampai mati. Kalau miskin harta kita ni, kayakan la ilmu kita (x kisah la ilmu apa korang nak blaja, jangan ilmu hitam dah..) Dan ilmu tu tak semestinya kita dapat dengan segulung ijazah. Pengalaman hidup yang banyak mengajar kita. Lu pikir la sendiri......

p/s: Terima kasih la pada Kassim sebab sudi bayarkan air aku.

1 comment: