Wednesday, December 9, 2009

Ladies Only...

Salam.... Hari ni takde cerita best nak cerita... Macam la selalu ni cerita- cerita yang aku post best kan... Lantak... Err.. Err.. Ade aku kisah... Aku dah lama perhatikan benda ni tapi takde masa nak tulis kat sini jek.. Banyak- banyak tempat aku dah pergi aku tak pernah nampak benda macam ni.. Tapi tak tau plak kalau korang pernah nampak kat mana- mana sebelum nih.. Bagi aku bagus jugak idea macam ni... Tahniah kepada developer ataupun orang perseorangan yang mencetuskan idea ni.. Ada kebaikannya...

"Perlahan.Parkir untuk kaum Hawa sahaja."

Motif? Tujuan? Mestilah nak elak jenayah- jenayah yang melibatkan kaum wanita kan... Sebab sebelum ni kan pernah terjadi kes macam sorang awek cina yang kat Bangsar Shopping Centre tu, yang kena rogol dan dibunuh kat parking lot.. So, kepada kaum Hawa, berhati- hati masa kat parking lot waima kat mana- mana sekalipun... Jangan dah sampai kat kereta baru la terhegeh- hegeh nak cari kunci kereta dalam handbag... Standby siap- siap...
By the way, lokasi parking ini adalah di Solaris Dutamas. Building ni baru lagi, tapi dah ada kedai- kedai la yang dah beroperasi... Kebanyakkan outlets kat sini still under renovation by the tenants or the owners (termasuklah Boss aku..) Tapi yang macam pundek ayam kedai mamak kat sini mahal nak mampos... ade ke patut Nescafe Ice RM3.00... Aku dengar- dengar hari tu ade customer complaint kat paper pasal harga mahal nak mampus.. Sebenarnya dia nak letak harga mahal mana pun tak kisah la kan, asalkan service and environment dia kena dengan harga yang dia charge kat kita sebagai pengguna... Last- last kedai mamak ni turun harga sket jadiknya Nescafe Ice dia dari RM3.00 turun ke RM2.20... Tapi tetap mahal... Semuga kedai ittew akan terbakar suatu hari nanti.... Sekian....

Cheers...

No comments:

Post a Comment