Monday, January 18, 2010

5 weeks and counting...

Assalamualaikum... macam biasa memang akan mengambil masa yang agak lama untuk menyumbangkan tulisan di dalam blog ini... Well sebenarnya takde apa yang ingin diluahkan.. Tapi hari ini ada sebuah utusan kegembiraan untuk diri ini dan sang isteri.. Begini ceritanya...

Semalam aku dan isteri telah menghantar adik perempuanku dan juga sahabatnya ke LCCT... Di dalam kegelapan malam dan juga kedinginan air-cong Waja isteriku, tetibe dia ter"jeluek".. Apakah?? Mungkin perut kosong sebab kami belum dinner lagik... Tapi kitaran haid isteriku telah terlambat beberapa hari... Cool.... Selepas menghantar 2 orang yang tembam ittew ke LCCT, aku dan isteri pun balik menuju ke kediaman mertuaku di Nilai... Dan si isteri ingin terus ke pharmacy yang berdekatan untuk membeli "prenancy test".. Aku ok je, tapi dalam hati berdebar- debar... Ye la, 1st time masuk pharmacy cari bende ittew... Selalu cari bende lain... So, setelah membelek- belek kurang lebih 5 minit di depan susunan- susunan tester ittew, isteriku pun dengan selambanya mengambil salah- satu tester yang didisplay ittew..

Lepas tu terus cargas balik umah, aku ni tgh nervous terus capai dunhill light sebatang lepak luar rumah.. Baru tarik beberapa pam, isteriku memanggil dari dalam bilik untuk temankan dia buat test tuh... Fuuuhhhh..... Gobra geng... Tapi aku buat muka maintain sajork... The kelakar part ialah, masing- masing 1st time nak buat test tuh, the 1st tester tuh kitaorang letak terbalik kan..... Mampus x keluar2 result dia... Lepas aku semacam tak puas hati, aku ambik kotak tester tuh and tengok arah kedudukan atau posisi yang betul untuk dicelupkan... The 2nd tester aku yang letak... Seminit yang pertama, xde line daaaa.... Tapi mengikut manual yang dibekalkan, kita kena tunggu lebih kurang 40 saat hingga 5 minit.. Dalam minit yang kedua macam tuh, terbitlah line yang kedua... Errrkkk??? Aku dan isteri pandang antara satu sama lain... Senyum! Then aku keluar dari bilik panggil mak mertua aku... Mak mertua aku pun cakap insyaAllah betul tuh... mungkin dah berusia sebulan... Alhamdulillah...

Tapi kami still nak kepastian... Lepas dinner (kul 10pm), kami cargas balik Pandan Perdana and nak singgah Klinik Idzham kat Menara MPAJ... And the result is the same... Alhamdulillah... Aku dah janji kat wife aku sebelum nih, kalau dia pregnant aku nak berenti smoking... Quit smoking depan dia and dalam rumah... huhuhuhuhu.... And aku kena jaga mulut aku dari mengeluarkan kata- kata kesat...Hahahahha...So, kalau ada sesape yang buat aku marah lepas- lepas ni, aku senyum je la... Sabar beb....

Lepas gi klinik, kitaorang terus balik rumah and bagitau mama aku berita ni.. Mama aku dah tido time kitaorang sampai, bleh plak mama aku bangun and dok bercerita and bagi tips/ nasihat... Thanks ma...
So, ittew adalah perkhabaran untuk hari ni.. Sesiapa yang terbaca blog aku ni, doa2kan la kesihatan isteri and anak aku yang ada dalam kandungan dia ye... Wassalam..

Friday, December 11, 2009

Wishes..

111209- sepatutnya aku cuti hari ni..Hari Keputeraan Sultan Selangor..Tapi disebabkan ada meeting and appointment ngan clients and designers yang bekerja di jajahan takluk wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terpaksalah aku membukakan mata, memandikan diri dan terus mengeluarkan jasad ini dari rumah dan terus memandu kereta... Sabar jek la.. VAVI tau... Sementara aku menunggu setan- setan ittew, aku belek- belek lah handphone kesayangan aku ni ha... Bukak kat message My Folder, ada folder Templates, Miscellaneous, My wife Hazrinna and Wishes.. So, aku nak berkongsi ngan korang semua pasal isi kandungan folder Wishes ni... Apa?? Nak tau isi kandungan My wife Hazrinna?? Nak kena terajang ke hape? Hahahahaha... Actually aku nak delete folder tuh sebab handphone aku dah start hang.. isipadu dan isi kandungan yang ada di dalamnya terlalu banyak.. Well memory card aku 2GB jek... So aku pikir nak delete folder Wishes tuh and abadikan dalam blog nih... Ye la, ngan lagu, video clips jamming, gambar bini aku lagi.. Ini semua menyumbang ke arah keberatan pemprosesan dan kelajuan sesuatu icon untuk dibuka gittew.. Apa?? Sorry beb, porn clips takde ok.. Tak caya tanya bini aku, sebab dia selalu checking handphone aku.. Hehehehe... Aku nak kongsi wishes yang kerabat- kerabat dan juga sahabat- sahabat aku hantar kat aku masa aku nikah... Bila baca- baca balik syahdu beb.. Iye la, dorang semua pernah tengok jatuh bangun aku selama ni kan... Yang wishes Hari Raya tak payah la aku masukkan kat sini.. Tapi aku tetap berterima kasih kat dorang yang sudi ingat aku di hari mulia ittew.. Thanks, million thanks to- Mak Lang (Noor Asiah Abu Aman), Mak Cu (Norlela Abu Aman),Uda (Noraidi Fadli), Pejal (Faisal Shariff), Sid (Shafiq Shah), Kak Fidah (Rafidah Jaafar), Ammar Yasir, Anjang (Asrizal Sabri), RG (Imran Nasution), Abah (Ismail Osman), Mama (Norisah Abu Aman), Rezat Nazreey, Papa Melaka (Azmi), Vads Ustaz dan tak lupa wife kesayangan aku (Hazrinna Hussain)...

So ini adalah wishes yang aku terima masa Hari Pernikahan aku ngan Puan Hazrinna Hussain:-

1) Mak Lang @ Noor Asiah Abu Aman: " Along whole family including Mak doakan everything goes smoothly 4 u. Jgn terkucil sudahlah. Now Along officially b called UNCLE / "daddy" BABY..

2) Mak Lang @ Noor Asiah Abu Aman: " No problem n hold 2 lots n lots of tissue n boleh share dgn mama along. Anw send rgrds 2 everone there :-D

3) Wea @ Mohd Nasuady: " Alhamdulillah.. slmt pengantin baru, aku sbgai shbt selalu menghrpkan ko dgn keluarga br kekal bahgia hingga ke ank cucu, dimurahkan rezeki, hidup penuh keberkatan dan kesabaran sepanjang hayat.. aku happy sgt dol.. kwn aku dh naik pelamin.

4) Lisa @ Nordilysa: " Salam, rol, tahniah, dah jd suami org ko! Aku sekeluarga doakn smga bhgia ke AKHIR HAYAT.. Cpat2 dpt anak.. Ko pun bukannya MUDA LAGI.. Heheheh (Lysa sekeluarga)

5) Lan UIA@ Azlan: " Selamat Pengantin Baru bro.. Sori xdpt dtg coz cousin aku pun wedding today.. moga berkekalan ke anak cucu.. nanti bla2 bley lepak sesama.. hav a great new life..

6) Gajahskin @ Mohd Noor Rizal: " Sori aku x dpot gi td. Sedara aku pun kawin td. Ingat nak gi, tapi x sempat. Dah besar ko skang Matt, dah kawin. haha. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT.

7) Marsya @ Maisharah: " Slamat pengantin baru along n kak arin.. smoga kekal hingga akhir hyt... ;-)

8) Mama @ Norisah Abu Aman: " Amin s'moga ALLAH SWT m'berkati along n arin n cepat2 dpt baby ok luv both of u tq..

9) No name: " Slamat penagntin baru. Kawin gak ko akhirnye. Alhamdulillah syukur.

10) Pejal @ Faisal Shariff: " De sowy x dpt hdr di hari p'sandinganmu.. Mslh kenderaan.. Km d'cnie m'ucapkan semoga bahgia kekal abadi ke akhir hayat.. hahahah b'madah lak aku pg2 nie.. sadis x dpt dtg kt kan.. huhu..

11) Lan Keramat @ Roslan: " Mat aku minta maaf tak dpat dtg, aku baru smpi KL..apa2 selamat penagntin baru dan bahgia ke anak cucu..

12) Perliz @ Khairul Anuar Salleh @ Mr Photographer: " Morning bro, reached KL. tq 4the faith in me on ur special day. n doa ur training 4a great hsband will gonna smooth sailin'.. cheers...

13) No name: " Alhamdulillah kawin dh kawan aku ni.. Smg dpanjangkan jodoh,dmurahkan rezeki dn lekas2 dpt baby. Slmt pengantin baru matt..

So, ittew adalah SMS yang sempat aku save dalam handphone aku dan aku akan delete kejap lagi.. Tapi aku abadikan SMS- SMS ini di dalam blog aku.. Ucapan- ucapan lisan akan aku abadikan dalam memori aku.. Terima kasih semua... Luv ya all...

Cheers...

Wednesday, December 9, 2009

Ladies Only...

Salam.... Hari ni takde cerita best nak cerita... Macam la selalu ni cerita- cerita yang aku post best kan... Lantak... Err.. Err.. Ade aku kisah... Aku dah lama perhatikan benda ni tapi takde masa nak tulis kat sini jek.. Banyak- banyak tempat aku dah pergi aku tak pernah nampak benda macam ni.. Tapi tak tau plak kalau korang pernah nampak kat mana- mana sebelum nih.. Bagi aku bagus jugak idea macam ni... Tahniah kepada developer ataupun orang perseorangan yang mencetuskan idea ni.. Ada kebaikannya...

"Perlahan.Parkir untuk kaum Hawa sahaja."

Motif? Tujuan? Mestilah nak elak jenayah- jenayah yang melibatkan kaum wanita kan... Sebab sebelum ni kan pernah terjadi kes macam sorang awek cina yang kat Bangsar Shopping Centre tu, yang kena rogol dan dibunuh kat parking lot.. So, kepada kaum Hawa, berhati- hati masa kat parking lot waima kat mana- mana sekalipun... Jangan dah sampai kat kereta baru la terhegeh- hegeh nak cari kunci kereta dalam handbag... Standby siap- siap...
By the way, lokasi parking ini adalah di Solaris Dutamas. Building ni baru lagi, tapi dah ada kedai- kedai la yang dah beroperasi... Kebanyakkan outlets kat sini still under renovation by the tenants or the owners (termasuklah Boss aku..) Tapi yang macam pundek ayam kedai mamak kat sini mahal nak mampos... ade ke patut Nescafe Ice RM3.00... Aku dengar- dengar hari tu ade customer complaint kat paper pasal harga mahal nak mampus.. Sebenarnya dia nak letak harga mahal mana pun tak kisah la kan, asalkan service and environment dia kena dengan harga yang dia charge kat kita sebagai pengguna... Last- last kedai mamak ni turun harga sket jadiknya Nescafe Ice dia dari RM3.00 turun ke RM2.20... Tapi tetap mahal... Semuga kedai ittew akan terbakar suatu hari nanti.... Sekian....

Cheers...

Tuesday, December 8, 2009

Jasin, Melaka..

Hari Ahad lepas aku balik kampung mak aku.. Kg Chabau, Jasin... anak sedara mak aku kahwinkan anak dia... So, maknanya aku ni sepupu kepada tuan rumah ittew... Aku ada anak sedara la kiranya... Tapi sumpah aku tak kenal sape dia ni.. Yang aku kenal ada la 2-3 orang jek.. Maybe masa zaman- zaman selalu balik kampung dulu aku kecik lagik.. Memories banyak yang dah ter"erased"... Aku gerak dari KL ngan Amek (adik aku) ngan Mama aku.. Wife aku tak dapat ikut sebab dia kena fetch mertua aku kat Nilai.. Perjalanan ok la takde masalah besar, cuma seluar yang aku pakai tu terkoyak plak tang toot..... VAVI.... nasib baik bleh cover pakai baju... Dan nasib baik jugak skang ni dah pandai pakai baju yang size selesa... Kalau zaman dulu nak pakai yg fit- fit jek... Hahaha.. Skinhead la tuh...
Kitaorang dr KL ngam- ngam sampai ngan Abah aku yang bertolak dr Senai.. Kira ok la timing dia kan.. Pak Ndak ngan Mak Ndak aku dah lama sampai... So, bila dah setel salam lebih kurang, aku pun makan la.. Lapo dol tak makan dari pagi..
Setel makan, kitaorang gerak pi tengok tanah yang parent aku nak beli.. Gambar kat sebelah ini adalah pemandangan dari tanah yang parent aku nak beli tu ngadap Gunung Ledang... Bagi aku sempoi la lokasi dia.. At least kalau jadi dorang nak dirikan rumah kat situ, anak- anak aku nanti ada la kampung nak balik... Hahahahah... Aku pun berangan lah nak ternak kambing kat tanah ni macam kawan aku Jack... Aku beli kambing sepasang lepas tu Abah aku la gamaknya yang tolong tengokkan... Ini semua sekadar perancangan... Manusia kan, tak lari dari perancangan dan angan- angan... Moga angan- angan aku akan jadi kenyataan... Amin... So, lepas- lepas tengok sekeliling kawasan tu, aku ngan Amek pun gerak balik KL... Mama ngan Abah aku gerak balik Senai... Kitaorang split up kat Tol Tangkak.. On the way balik KL, Amek dropped aku kat rumah mertua aku kat Nilai... Malam tu kitaorang gerak balik KL and skang ni mertua aku ada kat rumah aku... Nasib la dorang bleh terima keadaan rumah aku yang serba kekurangan ittew.. Maklum la baru kahwin kan... Asalkan dorang selesa, aku dah bahagia...
Cheers...

Friday, December 4, 2009

Oi!KonyoL/Nakal Rascal/Projekt -K-

Salam.... Aku ni baru jek balik dari site visit/ meeting. Balik- balik office tengok boss dua- dua ekor takde. Damn it! Bukan marah sebab apa, aku memang la tak suka kalau boss aku ni ada kat office. Tapi hari ni aku nak sangat dia masuk kat office sebab banyak benda still pending lagi. Dah la next week dia ada biz trip to Korea. At least kasi la kawtim apa- apa yang patut minggu ni kan.. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kerja ataupun pasal boss aku.. Mukadimmah dia macam tu sebab memandangkan boss aku takde kat opis ni boleh la aku post something kan.. Idea tak banyak sangat cuma aku nak cerita skit pasal band underground aku.. Dolu2 aktive tapi la ni just jamming suka- suka je..

"Oi!KonyoL"- ni nama first band aku yang aku tubuhkan masa tahun 2001. Jangan tanya aku kenapa aku letak nama band macam ni. Perkataan KONYOL tu terkeluar dari mulut member aku yang otak dia senget sket masa kat Matrix UIA dulu- Leepas.. Oi! tu plak aku saja- saja tambah konon- kono nak menyedapkan bunyi je sebab masa tu band ni kalau jamming lebih terarah kepada Oi! music ngan Streetrock. Masa aku nak set up band ni pun kelakar gak.. Yang ada masa tu cuma aku, Hambali ngan Fahrul jek.. Cerita pasal Fahrul ni, dia ni jenis yang tak reti main Bass tapi seboleh- boleh nak main bass. Aku pun dengan rasa bertanggungjawab atas nama muzik pun ajar la dia main bass yang basic- basic... Memeranjatkan dalam masa 2 minggu dia bleh master basic skills tu.. So, confirmed la dia Bassist band aku tu.. Hambali Lead Guitarist and aku Vox + 2nd Guitarist.. Masalah problem skang Drummer.. Sape nak main drum????
Si Fahrul recommended his friends kat aku... Iqbal @ Bal ngan Zul.. Aku pun suruh la Fahrul panggil bebudak tu jumpa aku bila free.. Nak dijadikan cerita aku pun gi la buat audition kat Black Widow Studio kat Jalan Gasing ngan dorang.. Not bad la performance dorang.. So, secara rasmi aku, Hambali, Fahrul, Zul ngan Iqbal jadik band members... Kitaorang sempat perform kat beberapa gigs kat sekitar KL... kekadang aku pakai Aji @ Imran NST as drummer.. Lepas2 tu band aku yang ni senyap sebab masing- masing ada komitmen..
Lama gak aku tak jamming.. Lepas tu Pejal, member aku budak Keramat selalu benor ajak jamming kat Setiawangsa.. Aku pun layan jek la, genre and most of the songs yang dia main pun sama ngan apa yang aku selalu jamming dulu.. Ni la Pejal... dia main bass.. dulu budak Balck Metal ni.. Maksud aku suka melayan lagu- lagu yang suara macam gampang... Selalu kalau jamming ngan Pejal, mesti line up dia Iwan, Pahmi ngan sape ntah nama member dia lagi sorang tu, aku dah lupa...
Lepas- lepas tu aku dah start lepak ngan Jack.. So jamming bertambah happening la weiii... Band tak official dia Nakal Rascal.. Bagi aku sempoi nama band tuh... Line up dia selalunya Joe, Wea Ijam ngan Abbas.. Haaa... ni Jack, masa pix ni aku snap, kitaorang jamming kat Kg Pandan, seminggu sebelum aku nikah... Jack ngan Wea sanggup datang dari jauh semata- mata nak jamming sama- sama.... Sangap!!!! Jack punya skills and playing style bagi aku mantap la.. Cuma dia ni malas skit practise... Sama jek macam aku...
Bila dah selalu sangat jamming sama- sama, kitaorang jadi serasi.. tak payah ckp lagu apa nak main, intro jek dah tau nak start lagu apa.. Cuma yang agak slow sikit si Wea la.. Standard lah tuh...

Yang ni Basri tapi kitaorang panggil dia Abbas... Buat masa skang dia Lead Guitarist selain jack untuk certain songs... Dia ni cita- cita nak jadi Rockstar.. Baguih la.. Aku ingat ada sekali tu, band aku dapat perform kat mini gig kat Shamelin.. So aku ajak la Abbas main sekali.. Punya suka la dia... Hahahhahahaha.... Semangat ittew yang sangat penting...
Ini la dia Wea @ Mohd Nasuady.. Budak Bentong ni, nasib baik dia bukan clan Si Kamal Blade.. Hahaha... Bentong Pirates konon... Gaduh, yang dorang tau lari... Bangang.. Tapi Wea tak mcm tu.. Dia ni bagus.. Kalau dia kreatif sikit jek lagik dah boleh jadi salah seorang drummer terbaik yang pernah aku kenal dalam arena underground...
Aku ada la pasang cita- cita nak buat satu band guna nama Projekt -K- tapi nanti ada orang ataupun sampah- sampah yang samakan nama tu ngan Project AK... Lagipun aku dah kahwin ni agak terhad la masa nak jamming kan... Jack kat Muadzam, Wea kekadang ada kat Bentong kekadang kat Temerloh... Aku, Abbas ngan Pejal je ada kat KL.. Nak jamming mende bertiga... 3 line??? Hahhaa... Kalau adik aku si Amek tu join jamming tetap takleh sebab takde sape nak ketuk drum... Nak tak nak kena gak tunggu si Wea jugak...
So, kepada band mates aku skang, aku salute korang... Those days will be remembered...
Cheers lads...

Thursday, December 3, 2009

Nikah akhirnya.....

Tanggal 23hb Oktober 2009, sah la Cik Hazrinna Hussain bertukar status kepada Puan Hazrinna Hussain. Pernikahan aku ngan wife aku berlangsung kat Masjid Bandar Baru Nilai selepas solat Asar...Well, aku memang gabra @ goyang masa sebelum Aqad ittew.. Perasaan yang dialami kebanyakan lelaki bujang yang baru nak ngadap Tok Kadi for the 1st time.. Rokok aku rasa dah 4-5 batang aku hisap, tapak tangan aku dah basah-basah dek kerana menggelabah..

Haa... nampak tak muka aku tu?? Itu bukannya muka garang eventhough aku ni memang dikategorikan sebagai manusia bermuka garang.. Itulah muka orang tengah "ne-bes".. Tapi syukur ke-hadrat Ilahi, dengan sekali henjut jek dah selesai.. Mau macam nak semput la wei Aqad satu nafas jek.. Tapi aku ada la baca- baca ayat Penerang hati gitu.. Hahahaha.. Ngam- ngam lepas nikah, masa nak keluar masjid, hari pun hujan.. Hujan rahmat tu.. Alhamdulillah, skang aku ada satu lagik tanggungjawab yang dah diamanahkan oleh Allah SWT... Doakanlah kebahagiaan aku..

Tu dia.... Isteri aku yang disayangi.. Puan Hazrinna Hussain.. Cinta lama aku masa kat Matrix UIA dulu.. Aku betul- betul tak sangka akhirnya aku nikah ngan dia.. She is the ONE..

Aku serasi ngan dia sebab dia tak memilih dalam banyak perkara.. Yang paling penting, dia boleh terima aku sebagai aku, walaupun kadang- kadang ada jek perangai aku yang dia menyampah...huhuhu... sebagai contoh, aku ni malas nak kemas tempat tidur bila bangun pagi, aku suka mandi lambat, aku suka biarkan DVD bersepah kat lantai lepas tengok dan macam- macam lagi la.. Tapi dia tetap sayang aku, dan aku tetap sayang dia..

Love you Hazrinna...

Tuesday, April 28, 2009

Bored Sunday...

(Rupa-rupanya aku pernah taip this post dulu but it ended aku tak published...tersave dlm draft...bingai seyy....so setelah berbulan-bulan baru aku sedar,so aku published jek la evnetho' dah basi......cheers....)

Hallooooohaa..... it's a bored Sunday afternoon I

woke up from my sleep. There's no special TV shows (as usual for a guy like me) at the moment I "see the world" on that particular day. Well, I've promised my dear Hazrinna to accompany her to her office- doing some filing jobs! Err, how can I say NO, right?? I received her call at around 12.15pm, and yet I'm still holding my "old skool" Skylark guitar playing some tunes.. Rushed to the bathroom to take shower, and prep myself as casual as I can be.. Casual ke? We reached her office around 13.00 that boring Sunday. Well, I've been required by Hazrinna to help her on "pink files" that I really don't know the contents of the files. All that I've to do was find the account number or the Acc.holders' names and passed it to her. She'll slot the "pink files" into a "Masterfile" etc...

I looked at my Guess watch on my left wrist. Damn... it's been 4 hours since we reached the office. No wonder my stomach started to grumble, and it's sound likes a number from Metallica's old skool "black album".. huhuhu.. Luckily, all the tasks almost finish, so we decided to take our so- called "lunch" at a Mamak Stall nearby- Bukhary.. We ordered the same menu- Nasi Goreng Kambing except for the drink. She had Sirap Limau (as usual) and I took Iced Nescafe.. Syukur Alhamdulillah.... Kenyang gila.... we sat there for almost an hour discussing many topics i.e; marriage, families etc..

We headed to CapsSquare- to watch "Confessions of a Shopaholic".. This movie was already on screen since I was away to Sudan the other day. I thought my Hazrinna would watched it with her colleagues when I was not here. It's ok for me if she want to do so because of I'm not really interested to this kind of movie. But we ended up in the cinema with 3 other persons. Cool right??

Basically, this movie is quite ok.. I can laughed to some scenes.. enjoyable!