Tanggal 23hb Oktober 2009, sah la Cik Hazrinna Hussain bertukar status kepada Puan Hazrinna Hussain. Pernikahan aku ngan wife aku berlangsung kat Masjid Bandar Baru Nilai selepas solat Asar...Well, aku memang gabra @ goyang masa sebelum Aqad ittew.. Perasaan yang dialami kebanyakan lelaki bujang yang baru nak ngadap Tok Kadi for the 1st time.. Rokok aku rasa dah 4-5 batang aku hisap, tapak tangan aku dah basah-basah dek kerana menggelabah..
Haa... nampak tak muka aku tu?? Itu bukannya muka garang eventhough aku ni memang dikategorikan sebagai manusia bermuka garang.. Itulah muka orang tengah "ne-bes".. Tapi syukur ke-hadrat Ilahi, dengan sekali henjut jek dah selesai.. Mau macam nak semput la wei Aqad satu nafas jek.. Tapi aku ada la baca- baca ayat Penerang hati gitu.. Hahahaha.. Ngam- ngam lepas nikah, masa nak keluar masjid, hari pun hujan.. Hujan rahmat tu.. Alhamdulillah, skang aku ada satu lagik tanggungjawab yang dah diamanahkan oleh Allah SWT... Doakanlah kebahagiaan aku..
Tu dia.... Isteri aku yang disayangi.. Puan Hazrinna Hussain.. Cinta lama aku masa kat Matrix UIA dulu.. Aku betul- betul tak sangka akhirnya aku nikah ngan dia.. She is the ONE..
Aku serasi ngan dia sebab dia tak memilih dalam banyak perkara.. Yang paling penting, dia boleh terima aku sebagai aku, walaupun kadang- kadang ada jek perangai aku yang dia menyampah...huhuhu... sebagai contoh, aku ni malas nak kemas tempat tidur bila bangun pagi, aku suka mandi lambat, aku suka biarkan DVD bersepah kat lantai lepas tengok dan macam- macam lagi la.. Tapi dia tetap sayang aku, dan aku tetap sayang dia..
Love you Hazrinna...
No comments:
Post a Comment