Monday, January 10, 2011

Sembang Kedai Kopi 3-AJL 25

Salam..

Pagi ni bila aku login FB, ramai gak kenalan2 aku meng"hapdet" status berkenaan Anugerah Juara Lagu 25 sejak malam tadi.. Macam biasa, ramai yang tak puas hati dengan keputusan para juri yang dikatakan sangat arif dalam bidang masing2.. Whatever.. Aku pun sebenarnya tak puas hati.. Wife aku pun sama.. Tapi sapelah kita kan nak mempertikaikan keputusan dorang tu. Korang tau ke keputusan tu dibuat atas kerelaan para juri or ada "udang di sebalik mikrofon"? Maybe itu adalah "politik" industri muzik tanahair kita. Sesiapa yang pernah terlibat secara langsung or tidak tau la apa yang aku maksudkan. Macam2 pendapat yang aku dapat dengar and dapat baca dari pendengar / penonton yang seems tak puas hati. Well, to be honest aku pun tak puas hati dengan result semalam. Frankly, aku harapkan Faizal Tahir or Black yang menang. Tapi aku memang tak sangka si rambut mengerbang tu boleh kalahkan Faizal Tahir. Damn..

Masa pembuka tirai, aku rasa kira ok la tu. Tapi bila Nash nyanyi dia punya lipstick tebal dowh.. So kepada jurumekap TV3, lain kali jgn la sapu lipstick tebal kat artis2 ni.. Pengacara bertiga macam biasa la, boleh tahan and serasi, cuma si Cheryl ni mmg dah dilahirkan untuk bercakap laju nak mampus agaknya.. Slow skit der...

Pasal finalist plak, aku ni bukan la "arif" pasal muzik or bidang2 berkaitan muzik macam para juri kita tu. Cuma komen- komen aku ni berdasarkan kepada pendapat individu dan sebagai penonton. Yuna- not bad la minah ni cuma lagu slow giler, maybe x dpt tarik perhatian juri. Tomok- duit dia dah byk, sebab tu juri tak bagi dia menang kot. Performance ko Tomok ok gak. A.P.I- gimmick ngam, bertenaga tapi vocal Lan ngan Noh tak seimbang (korg paham la apa maksud aku kan..) Lagi satu masa dah nak ending lagu, Loque buat gimmick petik guitar sambil macam nak baring kat stage, pastu nak bangun macam susah. Kuruskan skit badan lu Loque if lain kali nak buat itu macam.. Hehehehe.. Shahir- mamat ni aku tak tau kenapa boleh jadik finalist AJL. Meet Uncle Hussein- Well, vocal Black pun mmg power. tak sia2 la dapat nombor 2 kan.. Hafiz- ni lagik sorang, aku tak tau sape pilih dia untuk jadik finalist AJL. Ana Raffali- minah ni suara dia biasa, lepas tu ada certain part dia macam tercungap2 nak hit note, mungkinkah asma dia datang menyerang? Aku mmg tak sangka dia juara AJL beb. Kenapa eh??? Bak kata member aku dalam FB, kalau kita buang melodi lagu ni, suruh dia nyanyi tanpa music, "soul" lirik tuh takde, tak dapat rasa.. Or mungkinkah tulang belakang dia Aidit Alfian?? Or maybe cerita Aidit jumpa minah ni and tengok talent dia thru YouTube dianggap unik sehingga diangkat sebagai artis pertama Aidit langsung semalam jadik juara AJL??? Ntah la para juri. Korang jek la yang bijak dalam bidang masing2. Faizal Tahir- Aku agak lagu ni menang, sebab mamat ni dia macam Mawi, maksud aku ada aura sendiri. Cuma plot pelakon2 atas stage tu sampai skang aku tatau apa maksud yang cuba disampaikan yang berkaitan ngan lagu Selamat Malam ni.. Adira- macam aku informed earlier la kan, aku tak kenal and tatau lagu apa minah ni nyanyi. Yang aku tau dia dari AF zaman bila ntah. Tapi vocal dia not bad. tapi org lain plak yang menang, kat mana ntah silapnya. Bunkface- as usual, dorg buat gig jek. Bukan bertanding dalam 1 pertandingan yang ada prestij, sorry guys! Black- Vocal lu terbaek malam tadi, lagu pun ada makna, tapi bukan rezeki dia la. Aku mati2 ingat dia ni menang vocal terbaik, or at least Adira la. Tapi.. malas la nak cakap! Faizal Tahir (lagi!)- Lu mmg raja gimmick bro. Dari AJL yang lepas pun lu mmg terror bikin gimmick. Lepas tgk aksi dia bash kuyup, aku dah agak dia mmg akan menang persembahan terbaik, syabas!! Stacy- minah ni mmg terkenal as penyanyi yang suka menari. Tapi semlm dia kurang skit menari maybe Edry suruh dia fokuskan kat nyanyian dia. Sebab tu dia pulun terkinja2 masa lagu dah nak abis. Hujan- Dorg ni aku rasa pun mcm nak buat gig jek la bila bertanding. Dan aku setuju ngan pendapat saudara Salleh di FB yang mempersoalkan macamana la si Noh ni boleh jadik mentor??? Adakah disebabkan Hujan popular di kalangan remaja or adakah disebabkan music yang dibawakan mereka mempunyai kualiti?? Kualiti?? Simpang malaikat 44 wei......

Apa2 pun, kemungkinan finalist yang tak menang semalam pun dorang x kisah ngan keputusan para juri. Kita sebagai penonton ni plak yang nak lebih2. Tapi.. tapi.. kita ada hak untuk mempertikaikan sesuatu kan?? Kena plak yang kalah tu penyanyi kegemaran kita.. Hahahaha.. Wallahualam...

p/s: Sebab tu la aku main music separuh jalan kot....

1 comment:

  1. bile agaknye si Faizal Tahir tu dapat pegang title Juara lagu tah...sabotaj sgt tau..menciiiii

    ReplyDelete