Looking back all those times,to all my sins & to all my crimes,to all my loyalties are unquestionable,I've dedicated all my life & soul,no one dared to be around,weren't there to catch me when i fell...
Monday, January 10, 2011
Sembang Kedai Kopi 3-AJL 25
Pagi ni bila aku login FB, ramai gak kenalan2 aku meng"hapdet" status berkenaan Anugerah Juara Lagu 25 sejak malam tadi.. Macam biasa, ramai yang tak puas hati dengan keputusan para juri yang dikatakan sangat arif dalam bidang masing2.. Whatever.. Aku pun sebenarnya tak puas hati.. Wife aku pun sama.. Tapi sapelah kita kan nak mempertikaikan keputusan dorang tu. Korang tau ke keputusan tu dibuat atas kerelaan para juri or ada "udang di sebalik mikrofon"? Maybe itu adalah "politik" industri muzik tanahair kita. Sesiapa yang pernah terlibat secara langsung or tidak tau la apa yang aku maksudkan. Macam2 pendapat yang aku dapat dengar and dapat baca dari pendengar / penonton yang seems tak puas hati. Well, to be honest aku pun tak puas hati dengan result semalam. Frankly, aku harapkan Faizal Tahir or Black yang menang. Tapi aku memang tak sangka si rambut mengerbang tu boleh kalahkan Faizal Tahir. Damn..
Masa pembuka tirai, aku rasa kira ok la tu. Tapi bila Nash nyanyi dia punya lipstick tebal dowh.. So kepada jurumekap TV3, lain kali jgn la sapu lipstick tebal kat artis2 ni.. Pengacara bertiga macam biasa la, boleh tahan and serasi, cuma si Cheryl ni mmg dah dilahirkan untuk bercakap laju nak mampus agaknya.. Slow skit der...
Pasal finalist plak, aku ni bukan la "arif" pasal muzik or bidang2 berkaitan muzik macam para juri kita tu. Cuma komen- komen aku ni berdasarkan kepada pendapat individu dan sebagai penonton. Yuna- not bad la minah ni cuma lagu slow giler, maybe x dpt tarik perhatian juri. Tomok- duit dia dah byk, sebab tu juri tak bagi dia menang kot. Performance ko Tomok ok gak. A.P.I- gimmick ngam, bertenaga tapi vocal Lan ngan Noh tak seimbang (korg paham la apa maksud aku kan..) Lagi satu masa dah nak ending lagu, Loque buat gimmick petik guitar sambil macam nak baring kat stage, pastu nak bangun macam susah. Kuruskan skit badan lu Loque if lain kali nak buat itu macam.. Hehehehe.. Shahir- mamat ni aku tak tau kenapa boleh jadik finalist AJL. Meet Uncle Hussein- Well, vocal Black pun mmg power. tak sia2 la dapat nombor 2 kan.. Hafiz- ni lagik sorang, aku tak tau sape pilih dia untuk jadik finalist AJL. Ana Raffali- minah ni suara dia biasa, lepas tu ada certain part dia macam tercungap2 nak hit note, mungkinkah asma dia datang menyerang? Aku mmg tak sangka dia juara AJL beb. Kenapa eh??? Bak kata member aku dalam FB, kalau kita buang melodi lagu ni, suruh dia nyanyi tanpa music, "soul" lirik tuh takde, tak dapat rasa.. Or mungkinkah tulang belakang dia Aidit Alfian?? Or maybe cerita Aidit jumpa minah ni and tengok talent dia thru YouTube dianggap unik sehingga diangkat sebagai artis pertama Aidit langsung semalam jadik juara AJL??? Ntah la para juri. Korang jek la yang bijak dalam bidang masing2. Faizal Tahir- Aku agak lagu ni menang, sebab mamat ni dia macam Mawi, maksud aku ada aura sendiri. Cuma plot pelakon2 atas stage tu sampai skang aku tatau apa maksud yang cuba disampaikan yang berkaitan ngan lagu Selamat Malam ni.. Adira- macam aku informed earlier la kan, aku tak kenal and tatau lagu apa minah ni nyanyi. Yang aku tau dia dari AF zaman bila ntah. Tapi vocal dia not bad. tapi org lain plak yang menang, kat mana ntah silapnya. Bunkface- as usual, dorg buat gig jek. Bukan bertanding dalam 1 pertandingan yang ada prestij, sorry guys! Black- Vocal lu terbaek malam tadi, lagu pun ada makna, tapi bukan rezeki dia la. Aku mati2 ingat dia ni menang vocal terbaik, or at least Adira la. Tapi.. malas la nak cakap! Faizal Tahir (lagi!)- Lu mmg raja gimmick bro. Dari AJL yang lepas pun lu mmg terror bikin gimmick. Lepas tgk aksi dia bash kuyup, aku dah agak dia mmg akan menang persembahan terbaik, syabas!! Stacy- minah ni mmg terkenal as penyanyi yang suka menari. Tapi semlm dia kurang skit menari maybe Edry suruh dia fokuskan kat nyanyian dia. Sebab tu dia pulun terkinja2 masa lagu dah nak abis. Hujan- Dorg ni aku rasa pun mcm nak buat gig jek la bila bertanding. Dan aku setuju ngan pendapat saudara Salleh di FB yang mempersoalkan macamana la si Noh ni boleh jadik mentor??? Adakah disebabkan Hujan popular di kalangan remaja or adakah disebabkan music yang dibawakan mereka mempunyai kualiti?? Kualiti?? Simpang malaikat 44 wei......
Apa2 pun, kemungkinan finalist yang tak menang semalam pun dorang x kisah ngan keputusan para juri. Kita sebagai penonton ni plak yang nak lebih2. Tapi.. tapi.. kita ada hak untuk mempertikaikan sesuatu kan?? Kena plak yang kalah tu penyanyi kegemaran kita.. Hahahaha.. Wallahualam...
p/s: Sebab tu la aku main music separuh jalan kot....
Saturday, January 8, 2011
Sembang Kedai Kopi 2
Bertempat di sebuah kedai mamak kat Solaris Mont Kiara, aku macam biasa dengan Nescafe Ice (yg harga dia mahal - RM 3.00) dok lepak minum sambil berbual ngan seorang kawan lama. Actually dia ni pandai orangnya, bijak dari segi akademik dan serba- serbi. Kagum aku ngan dia ni. Lulusan luar negara, actually dia ni Serani. Kenal masa site visit 1 projek ketika aku berkhidmat sebagai pencacai di VI (bukan Victoria Institution). Sambil2 minum tu, x sah kalau berbual tanpa rokok dinyalakan. Mamat ni smoked Mild Seven, aku biasa la rokok favourite rata- rata mamat2 Melayu, Dunhill merah (selain Gudang Garam Surya, hehehehe). Mamat Serani ni biar la aku gelar dia sebagai Kassim jek.. (dah sah2 bukan nama sebenar kan...)
Dalam berborak2 biasa tu, kami terpandang sorang awek (hot chic la gak) masuk ke Public Bank nak cocok duit. Tiba2 Kassim bersuara,"Aku pelik la kenapa kebanyakan pompuan Melayu suka sangat baca and agung2kan karya barat..." Untuk pengetahuan, Kassim ni aku selalu gelar dia Usman Awang versi Serani. Sebab aku tak pernah jumpa 1 manusia yg bukan berbangsa Melayu yang suka kepada karya2 waima suratkhabar Melayu (dia suka baca Utusan). Aku menjawab soalan dia ngan selamba je bahawa aku mmg tak berapa sangat membaca. Dengan ertikata lain aku tak tau nak jawab soalan dia macamana. Tapi aku menambah, kemungkinan karya dari barat mempunyai mutu yang tersendiri kot.. Sama jugak dengan music, kenapa ramai rakyat Malaysia memilih untuk mengagungkan karya dari "luar Malaysia" untuk santapan halwa telinga mereka? Kassim cuma angguk2 macam tengah kumpul fakta dan ayat untuk membidas aku.
Kassim bersuara. Ntah la.. Bagi dirinya, barat ke mana ke takde beza. Yang membezakan kita hanya bahasa dan budaya. Makan tetap makan, minum tetap minum. Cuma mentaliti orang kita memang dah kena set dari dulu agaknya. Aku cuba sedapkan hati mamat Serani ni, aku bgtau yang tak semua produk Barat berkualiti, dan tak semua produk kita hancit.. Dia setuju cuma kesal dengan sikap segelintir manusia yang sangat bongkak, berpura- pura dan perasan bagus walhal mereka takde ape. Contoh terdekat seperti kejadian tahun 2001, sorang minah ni dressing maut ngalah nak gi clubbing. Bila tanya dok mana, dengan pantas dia cakap dok kat Bangsar. Bila tanya lebih detail, dia kata area2 Jalan Maarof. Wow... Tapi terkantoi la plak, member dia kenal minah tu, rupa2nya dok kat Kg Abdullah Hukum. Bukan dia nak mengutuk kawasan tempat tinggal minah tu pun. Dan sepatutnya minah tu bersyukur ada lagi rumah daripada orang2 yang merempat tinggal bawah jambatan dan sebagainya.
Moral of the story bagi aku, jangan malu dengan asal usul kita. Kalau Melayu kita ni, Melayu la jugak sampai mati. Kalau miskin harta kita ni, kayakan la ilmu kita (x kisah la ilmu apa korang nak blaja, jangan ilmu hitam dah..) Dan ilmu tu tak semestinya kita dapat dengan segulung ijazah. Pengalaman hidup yang banyak mengajar kita. Lu pikir la sendiri......
p/s: Terima kasih la pada Kassim sebab sudi bayarkan air aku.
Friday, January 7, 2011
Sembang Kedai Kopi 1- sekadar berkongsi pendapat..
Salam all,
ada seorang hamba Allah ni, suatu hari tu aku dok minum kopi ngan dia. Tiba- tiba soalan dia bertanyakan kepada aku, "Patut ke kita refer Allah sebagai Tuhan?" Dan dia bagi contoh macam ni-(situasi nak nasihat anak or sesape je), "Nak, jangan cakap bohong, nanti Tuhan marah..." So, pertanyaan dia tu yang membuatkan aku berfikir seperti seorang alim gamaknya. Well, aku ni mana ada tauliah untuk keluarkan fatwa kan. Silap2 kena tangkap, naya. Tapi perbualan dan pertanyaan pada hari tu hanya sekadar berkongsi pendapat, tidak lebih dari itu.
Katanya, kita tidak sepatutnya menamakan Allah sebagai Tuhan seperti kes di atas. Sebabnya, Tuhan ada banyak tetapi Allah hanya satu (esa). Sebagai seorang Islam, kita hanya mentaati Allah Yang Esa. Sedangkan Tuhan itu boleh kita refer kepada tuhan- tuhan anutan agama lain. Untuk memperkuatkan hujahan dia, dia terjemahkan kalimah Syahadah kat aku,
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."
Atas faktor terjemahan ni la yang menguatkan hujahan dia yang kita sepatutnya dan seelok- eloknya tidak menggunakan perkataan Tuhan tetapi menggunakan kalimah Allah dalam perbualan seharian.
Dia menambah, sama jugak dengan perkataan sembahyang. Kita perlu gunakan perkataan solat. Kalau perkataan sembahyang tu, apa yang kita sembah?? (sembah yang ????.....)
Aku hanya mengangguk2kan kepala tanda bersetuju dengan hujahan dia dengan alasan taknak dia bukak bab2 yang susah kita sebagai manusia normal ni nak berfikir. Bagi aku takde salahnya kalau kita gunakan perkataan Allah dalam bicara seharian kita. Setidak2nya secara tak langsung kita berzikir kan.. Eh? Ye ke? Entahlah.. Sebagai manusia yang mampu berfikir, kita amalkan je la apa yang kita rasa betul. Asalkan berlandaskan syariah dan sunnah.
Wallahua'lam..
Thursday, January 6, 2011
Dedicated to the people of Palestin
Berkurun sengsara masih terpahat
Namun apa yang mampu ku buat
Hanya doa mengiringimu sahabat
Tangisanmu kadang tak kesedihan
Walau darah mengalir bagaikan hujan
Dentuman dituju dibalas lontaran
Hakikat kesengsaraan zaman- berzaman
Ratapan pilu dariku yang kerdil
Insan lemah yang masih jahil
Kau tegakkan hak lenyapkan batil
Walau kehidupan terus dibedil
Imanku tak teguh amalanku rapuh
Teruskan juangmu kudoa dari jauh
Biar si Jahanam hancur dan lebur
Bagai batu neraka yang Ababil tabur
Anak kecilmu berjiwa matang
Isterimu tabah dalam kehilangan
Maut tidak ajal berpantang
Syahid hajatmu dalam suci perjuangan....
(song & lyric hakmilik Mattscape Rekord 2011)