Salam to all... Dah lama aku x update blog... Pasai apa? Pasai la ni aku tengah busy "keghoje".. Since last March, baru hari ni aku tergerak nak update blog.. Well, some bloggers akan update setiap kejadian yang berlaku atas diri mereka seharian.. Some of them lak akan bercerita tentang ketaksuban kepada sesuatu.. Aik?? Ada yang perasan ke? Sorry tak berniat apa- apa cuma menerangkan apa yang hakikat belaka... So nak start dari yang mana eh?? Jap2.. Urmm... Ok, kira start cerita pasal keje aku..
So far Alhamdulillah, keje aku walaupun agak tension dan capek, aku masih mampu berdiri dan mendapatkan rezeki yang halal yang telah dikurniakan Yang Maha Esa... Aku keje apa? Korang ni tak tau lagik ke apa aku keje.. Aku kan buat ID works, tapi la ni aku tengah concentrate pada vinyl tile flooring.. Bukan.. Bukan laminated flooring la.. Dia ala2 laminated flooring la tapi aku punya vinyl tile nih lagik ok la kan.. Nak tau lebih lanjut?? Layari laman web www.hanadeco.com.my... Hahahaha... Malas aku nak cerita lebih2... Bukan korang paham pon kan?? Tapi kalau la ada sesape yang berminat, kasi roger sama aku nescaya aku akan datang jumpa korang.. Business beb...
Ada sekali tu dalam kesangapan aku melayan FB, aku chat ngan sorang kawan sekolah aku ni.. Dia ni keje ngan orang filem.. Kalau tak silap aku, dia ni bab- bab mengilhamkan cerita dan juga tukang tulis skrip.. Dalam saje- saje chatting tuh aku tanya la kat dia, takde ke peluang- peluang untuk orang macam aku ni nak menghasilkan karya? Dia kata ko buat la sinopsis then pass kat aku.. Nanti aku try "jaja" ilham ko tuh kat mana- mana station mcm Astro ke TV3 ke NTV7 ke... Agak menarik ni.. Ye la walaupun aku takde pendidikan formal dalam penulisan nih, tapi aku suka menulis.. Cuma tak dapat sokongan dan arus yang betul.. Member aku tu pun mengingatkan kat aku bahawasanya aku dulu kan student kesayangan Ustaz Alim Konting- Cikgu BM aku.. Aku pun x ingat sangat ye ke aku antara pelajar yang bagus dalam BM Kertas 2.. Aku ye kan aje la... So, aku pun mintak la jasa baik kawan aku ni untuk emailkan contoh sinopsis yang dia selalu buat.. So format sinopsis tu bleh la aku jadikan panduan untuk aku realisasikan ilham aku.. Tak gittew??
Seminggu lepas tuh baru dia email... Itu pun aku ingatkan dia.. Ada la 1 cerita ni bila aku baca sinopsis dia di pengakhiran aku tertarik sangat2 dengan jalan ceritanya.. Not bad gak idea member aku nih.. Tajuk dia?? Rahsia la wei.. Tapi kalau keluar kat TV cerita tu aku dah tau la kan jalan cerita dia.. Hahahahhaha...
Beberapa hari lepas dia email kat aku tu, dia msg aku thru FB tanya mana sinopsis aku? Erkk... Aku simpan dalam thumbdrive and the best part is aku tak tau kat mana aku letak benda alah tuh.. Dia cadang nak bawak ilham aku tuh gi NTV7 kalau tak silap aku untuk sessi apa ntah.. Gilo!!! Sudahnya, aku cakap kat dia aku tak janji la.. Sebab workloads aku skang banyak nak mampos wei... InsyaAllah lain kali aku submit kat dia..
Cerita pasal apa aku nak buat?? Ada la wei... Lagik mau bagi skang... Kang tetiber ada plak mana- mana orang TV terbaca blog aku ni kang, tak ke majal idea kena cilok... Hahahahhaha... Dalam industri hiburan macam- macam benda boleh jadik beb.. Aku ni yang dah bergelumang di sebalik tabir industri muzik bertahun- tahun, dah tau sangat dah game dorang... Well, memang la scene yang aku terjebak ni scene underground ajek.. But still CD ada jual kat toko- toko muzik seluruh negara kan?? Ko ada?? Cuma skang ni jek la baru so- called mastermind dari mainstream (upperground) punya scene panggil "indie"... Padahal benda alah ni dah wujud lama dah.. Dorang dah takleh cari makan ngan artis- artis pop, so nak warnai industri la kononnya dengan wujudkan kelompok2 "indie" ni.. Ptttuuuiiiihhhh.....
Haaa... Cerita pasal band ni, dah lama aku tak perform kat gig... Cuma hari Sabtu lepas dapat la lepas gian perform kat 1 gig kat Bangsar... Featuring jek ngan The Suspects AKA... Event tuh actually Metal Battle of the Bands and DJ Party organised by Pilis Entertainment.. Not bad la gig tuh.. Aku pun last minute agreed untuk perform sama- sama ngan The Suspects AKA.. saje2 lepas gian.. Ma'am pun bagi green light sebab dia balik umah parent dia... Jadi la bujang kejap.. Janggal dowh... Hahahahha... Lagipun aku kesian tengok kat drummer si Wea beria2 ajak aku perform skali.. Layankan ajek...
Gambar tu masa kitaorang perform lagu "Running Thru The Night".. Koyak beb tekak lama tak menjerit lagu- lagu The Suspects AKA.. Kitaorang sempat main 4 buah lagu jek sebab lepas lagu yang ke-4 tu ngam2 waktu Maghrib.. Walaupun 4 lagu jek rabak dol suara lepas tuh.. Kena si Gajah tak nyanyi sangat dengan alasan rentung drive dari Terengganu sebab gi honeymoon.. Chehhh... Lagu- lagu yang sempat didendangkan adalah "Running Thru The Night", "Vespa Hitam", "Oi! Will Survive" ngan "Kuala Lumpur"..
(L-R:Pae-Zi, Matt,Wea,Pejal (yg ni bodyguard aku bukan line-up), and yang depan tu Gajahskin)... Gambar ni plak kitaorang snap lepas performance.. Siap ada back-drop and red carpet tuh.. Gila la.. So masing- masing perasan macam artis la wei... Memang pun artis kan cuma kitaorang tak masuk majalah- majalah macam Mangga, URTV, Media Hiburan, Motor Trader.. Hahahhaa.. Setakat majalah Konsert and ROTTW tu adalah terselit kecik jek... Sabar jek la...
Kat sini aku ingin ucapkan tahniah la kat Pilis Entertainment sebab buat event macam ni.. Walaupun dipenuhi ramai budak sekolah, ia tetap meriah... Dengar cerita Jun nanti ada lagik event macam ni... Macam dorang nak panggil lagik jek... Sempoi... Cheers to Pilis Entertainment...
y gajah always wearing the same Tshirt eyk lalala...miss u guys!!
ReplyDelete