Tuesday, November 9, 2010

Khayrin Sophia

Bila ku tahu
Kau akan hadir
Menghiasi hidupku dan ibumu

Syukur ku panjatkan
Atas kurniaNya
Merasai nikmat
Yang tak terhingga

Kau lah cahaya
Yang menerangi
Melengkapkan perjalanan ini

Inginku melihat senyummu
Inginku mendengar tangismu
Kan ku jaga, kan ku bela nasibmu

Tak kira siang dan malam
Ku redahkan pagi dan petang
Kasih sayangku tersemat untukmu

(song & lyric hakmilik mattscape rekord,2010)

18 jam yang mendebarkan..

Salam and hi to all.. Ok2, aku tau dah lama aku x update blog.. Last masa July hari tuh. Yes,memang banyak perihal yang dah terjadi yang tak sempat aku ceritakan sejak 3-4 bulan yang lepas. Now aku nak berkongsi cerita pasal debaran masa bulan September lepas. Nak dijadikan cerita....

Balik keje petang tu, as usual aku akan fetch wife aku kat office dia. Al-maklum, perut tengah sarat mengandung anak sulung kami.. Bulan puasa lak tu.. Kitaorang plan untuk gi check-up macam biasa kat Naluri Wangsa Maju. It was our last meeting ngan Dr Z.. By the way, Kak As (kakak ipar aku) ada usik2 wife aku last week before our visit to Naluri ni, dia kata,"Aku dulu masa last check-up, malam tu dah bersalin.." Then masa sampai turn wife aku check-up, memang betul2 Dr Z bagitau u dah boleh masuk wad mlm ni ye... Terus berderau darah aku dengar bila Dr Z cakap macam tu kat wife aku.. Maunyer tak, dengan baju office bagai, dengan satu hape x bawak- berkecamuk jap.. Tapi macam biasa, aku buat muka cool jek.. Terus ckp kat wife aku,"Yang,kita gi bukak puasa dulu, then kita gi Hospital Ampang ok.." Wife aku follow sajork.. So lepas gerak dari Naluri tu, kitaorang berbuka puasa buffet kat Desa Pandan..

Lepas berbuka tu kitaorang straight to Hospital Ampang. Dua2 dengan tak tau apa2 main langgar jek.. Sampai kat Wad Bersalin as usual aku tak dibenarkan masuk masa wife aku kena check.. Berjinggut gak aku nunggu kat luar, dalam kul 9 lebih macam tuh wife aku keluar dah siap pakai uniform.. Gabra.. Dia bagitau memang dah "bukak" tapi still lom cukup untuk melahirkan.. Malam tu wife aku dah start sakit2 and was admitted.. Aku balik rumah capai semua barang2 keperluan (yang dah disediakan sebulan lebih awal), mandi and solat.. Pastu gerak gi hospital balik.. Aku siap belikan majalah sampai 5 jenis nak bagi wife aku jangan sangap menahan sakit.. Aku sampai hospital around 1 hour after that.. Aku tido2 ayam kat luar wad, dlm keter and kat surau.. Lepas solat Subuh around 06:45 wife aku sms ckp dia dah nak masuk Labour Room.. Dengan cargasnya aku naik balik wad and terus temankan wife aku kat dlm tu..

Start dr 06:45 sampai 15:00 aku temankan wife aku yang tengah menahan sakit nak bersalin.. Kesian giler wei tengok bini aku macam tu.. Kejap2 aku lapkan muka dia, kejap2 aku adjust katil dia, kejap2 aku hulur corong oksigen kat dia.. Macam2 la aku buat.. Masa tu dalam hati tak putus2 doa semoga semuanya selamat.. Around 15:15 macam tu, ada nurse ni tanya wife aku, "Nak cuba teran tak?" Aku pandang wife aku, dia pandang aku.. Wife aku dengan nada selamba jawab, "Boleh la.."

Sessi teran- meneran berlangsung selama 15 minit. Dalam masa 15 minit tu aku paut tengkuk wife aku and suruh dia istighfar byk2. tapi dia boleh plak Selawat kan... Nak tergelak pun ada.. Dalam sakit2 tu, dia pun sempat tergelak, ye la lain aku suruh baca lain yang dia sebut.. Masa minit yang ke-11 masa wife aku meneran, aku dah ternampak rambut anak aku.. Terbeliak dol tengok keajaiban ciptaan Allah.. Wife aku takde kasi chance, for the last 4 minutes tu dia teran kaw2 sat wa ckp lu..

Dan, Alhamdulillah, segala pujian ke-HadratNya, tepat 15:15 tanggal 08.09.10 , lahirlah puteri pertama Khairul Faizal Ismail and Hazrinna Hussain...

Inilah dia kesayangan buah hati Babah yang pertama.. Khayrin Sophia Bte Khairul Faizal.. (cantik bukan rambut dia??)

Aku azan dan iqamah kat anak aku masa lepas dibawa keluar dari Labour Room.. Lepas tu, aku disuruh keluar and tunggu wife and anak aku.. Aku terus call Mama bagitau pasal berita gembira ni.. Nak menitik airmata wei sebab happy sangat2... Alhamdulillah.. Itu jek yang asyik terpacul dari mulut aku..

Sophia, Babah and Mummy sayang kat awak sangat2.. Xmao nakal2 ye sayang... Luv ya...

Monday, July 19, 2010

Sakitnya...

Dah dekat 3 bulan aku menanggung sakit ni.. Sakit sangat bila angkat barang2 dapur yg dibeli dari Segi Supermarket.. Sakit sangat bila angkat pakaian yg dibasuh dari washing machine untuk disidai.. Sakit sangat bila menaip report.. Sakit sangat bila memetik guitar kapok aku.. Sakit sangat bila memulas stereng kereta.. Sakit sangat bila tergeliat tak sengaja... Sakit sangat pergelangan tangan kanan aku ni.. Kenapa sakit??

3-4 tahun lepas,aku accident depan kedai J kat Pandan Indah.. Aku baru jek keluar simpang dari kedai makan tu, naik motor EX5 aku dulu.. Tetiber ada la sebuah kereta Kancil ni main belasah je masuk simpang tanpa nampak yang aku kat main road ni.. Patutnya dia bagi la aku jalan kan.. Ni baik punya dia corner baring lantas aku sodok bahagian depan kereta dia ngan motor kapchai aku.. Apa lagi?? Macam Superman la aku terbang.. Tapi Superman bila dia landing kaki dulu kan?? Ni aku muka dulu lagik skit makan tar.. Dek kerana sayangkan muka aku yang agak hensem ni, aku pun tahan la tangan aku kat tar dengan harapan muka aku selamat.. Ya...Alhamdulillah memang tak kena muka... Tangan kanan aku ni la yang landing dulu.. Memang pun takde gaya Superman langsung... Aku dengan gaya bengang, angkat motor aku port tepi,walaupun tangan dah calar-balar dan sakit2..Aku sound mamat tu yang ala2 ABANG BESAR kononnya.. Dia boleh plak sound aku,"ko pehal sodok kereta aku beb??"
Aku dengan gaya angkuh + bengang + sakit hati = aku sound dia,"Ko ni bangang ke buta?aku kat jalan besar yang ko alih2 masuk macam "PARAON" apsal??"mungkin dia tatau kawan2 aku yg muka macam buragas ada dekat2 situ jek..

Dia baru nak lawan cakap aku,tetiber pakcik + makcik yang jual kuih ngan nasi lemak tepi jalan tuh sound tepek kat dia.."Dah sah2 memang salah ko..!"terus mamat yg konon2 gangster tu terdiam.. Aku cakap kat dia balai cerita.. Kalau x aku hempon cermin kereta dia pakai helmet Apollo aku.. Aku tengok dia capai handphone dia calling2 and dari cara dia bercakap tu,konon2 dia call kaum dia la suruh datang balai traffic Ampang..Ko panggil la sape pon ko nak panggil,yang penting saksi kejadian aku ada.. But at the same time,aku pun bukan la bodoh kan,terus jek calling2 sahabat2 aku yang diimport dari Keramat..Aku call suruh 2-3 orang jek datang.. Bila sampai balai,15 bijik motor yg datang..Gila ke apa bebudak ni..Tapi bangga + bersyukur ada kawan2 macam ni di saat2 aku kesusahan.. Lepas buat report,motor aku hantar workshop kat Loke Yew..Claim insurance..Dah tu tangan aku ni macamana??Mamat tu seboleh2 xnak bayar kos klinik..Dengan bantuan kawan2 yang memang gangster,aku dapat RM150 dari mamat tu.. Padan muko!!Tapi aku gi HUKM kena RM20 jek..Lega...Memang sah tangan aku ni retak..

Dan lepas bertahun2,tangan ni sakit balik..aduyai..Gi klinik tadi,doctor tu advised jumpa lagik sorang doctor Singh esok..Dia ni pakar pasal tulang2 ni..Ye la tuh doctor..Esok aku gi klinik lagik la gamaknya...

p/s:sakit2 tangan ni pun aku gagah memblog sebab dah lama menyepi..

The champ is...

Akhirnya, Spain yg menang.. Well, salah satu team yang aku sokong gak..(sebab ada Torres)... Tapi kan,yang sengalnya aku ni,semua game yg menarik and penting aku x miss pon.. Boleh plak masa final nih aku ngantuk + penat giler.. Langsung x tengok.. Bukan xde niat nak tengok.. Bini aku dah set alarm dah.. Dia janji akan kejutkan aku kul 2.30am.. Dan Alhamdulillah,gaya seorang isteri yg solehah,dia bangun n kejutkan aku..

"Yang,bangun la dah kul 2.30am ni..Game dah start tuh.."kejut bini aku dalam keadaan mamai...

"Hmm..awak tengok la dulu..Abang nak lelap skit jek lagik nih.."jawab aku tanpa ada rasa bersalah...

Hahahaha..jawabnya dua2 hanyut sampai ke subuh.. Dapat tau result masa gi keje,dengar SinarFM..Aku just tersengih macam kerang busuk.. Perbualan pagi tuh berkisar tentang game final Holland vs Spain yang aku tak tengok...Sepanjang perjalanan dari Pandan Perdana sampai ke Pusat Bandar Damansara,aku ngan bini aku saling salah menyalahkan pasal tak bangun tengok final... (and of cos,dalam gelak ketawa...)Aku cakap kat dia ape ada hal,balik keje kang tengok jek la Siaran Tertunda...

Wednesday, July 7, 2010

Sekian lama wei...

Dah lama giler rasanya aku tak meng"update" blog aku nih.. Lain la macam bini aku,bukan ada keje sangat kat office.. Kejap2 update blog.. Macam aku ni, bukan kerja memerap kat office jek, kekadang tu kena site visit la, site meeting la, jumpa clients la.. Haiiihhhhh... Actually selain tuntutan kerjaya yang memang memenatkan, aku takde idea sebenarnya nak tulis... Well, aku bi bukan dilahirkan sebagai pengarang ke novelis ke ape ke... Ni sekadar minat sahaja2... So aku rasa aku just nak kongsi moment2 yang dah berlaku sejak kehilangan aku dalam arena blog nih..

Mari kita mulakan dengan World Cup... Hahahahhaa... Aku ada 3 teams pilihan untuk World Cup kali ni... England, Spain and South Korea... Aku memang dari dulu jadi penyokong England team.. Tatau kenapa..Mungkinkah aqal aku nih memang dah disogokkan dengan promosi2 team England ketika aku berusia 6 tahun! Entah, yang pasti aku rasa minat aku terhadap sesebuah pasukan itu bergantung kepada keseluruhan pemain yang aku kenal.. So bila tengok games dorang kat TV baru feel kenal semua player.. Even cameraman x closed-up pun aku tau sape yang tgh bawak bola, berdasarkan kepada gaya dribbling atau gaya larian dorang.. Or mungkin aku ni peminat setia Liverpool FC sejak kecik.. So, dah terbiasa dengan gaya permainan English.. Tapi kadang2 aku pelik, bila Premier League ramai gila kawan2 aku sokong MU/Chelsea/Arsenal/West Ham pun ada, tapi bila World Cup sokong Argentina, Brazil, Germany etc2 selain England.. X kisah pun team mana dorang nak sokong, tapi at least ambik tau la perkembangan league negara dorang.. Ini korang just kenal star players jek.. Macam shialll.. And of cos, untuk kaum pompuan lak, team mana yang lagik ramai pemain hensem (eventho stgh dr dorg "gay") itu yang dorang pilih.. Mungkin media negara kita terlalu menyogok Premier League untuk tatapan umum.. Sgt kurang game2 yang melibatkan liga seperti La Liga, Serie A, Bundesliga dan yang sewaktu dengannya..

Kecewa?? Ye aku sgt2 kecewa bila England terkandas kat 2nd round.. Tapi memang patut pun terkandas, main masing2 macam haram jadah.. Takde quality.. Mcm Rooney yang dicanang2 akan merobek kubu pertahanan lawan katanya, main mcm budak bawah 16 sekolah Tamil.. Defenders semua hancit (hancur + pancit)... Tapi nak buat macamana kan??

Spain? Macamana aku bleh terjebak minat Spain eh? Dulu aku suka tengok Raul Gonzales punya style atas padang.. Selain tu, aku suka tengok Puyol dengan gaya kelam- kabutnya.. Rambut dah la macam shiall.. Hahahahaaha.. Sebabnya aku rasa skang ada Fernando Torres and Xabi Alonso.. Sorang player Liverpool and sorang ex player Liverpool... But dengar khabar Roman Abramovich nak beli Torres lepas ni, so aku rasa aku akan kuburkan sokongan aku kepada team Spain if betul Torres blah gi Chelsea... Demmit... Pasai apa aku still support Xabi Alonso eventhough dia blah tinggalkan Liverpool? Takde hal akalu blah gi La Liga or league mana sekalipun, asalkan jangan gi mana- mana teams dalam Premier League.. Sakit hati dol... But for this 2010 World Cup, hanya tinggal Spain team pilihan utama aku selain Holland..
Pehal lak aku sokong South Korea??? Pasal boss aku org Korea.. Jadik terpaksa la poyo2 ayam sokong and try to kenal all the players... Baru boss sayang... Tak gitu?? Arrrghhh... Malas la aku nak upload gambar team Korea ni... Beside boss aku orang Korea, aku rasa sebagai orang Asia aku kena la pilih satu team Asia untuk disokong kan??? Nak pilih Japan, agak kureng la.. Aku cuma minat Japan zaman2 Nakata dulu... Takkan nak pilih North Korea?? Giler communist... Hahahahaha...
Di saat blog ni aku update, Holland dah berjaya mara ke pusingan akhir World Cup kali ni... Malam ni tunggu either Spain or Germany... Semalam dah sah2 aku sokong Holland kan?? Nak tau ape sebab?? Sebab ada Dirk Kuyt and Ryan Babel.. Lu pikir la sendiri... Hopefully Spain dapat kalahkan Germany eventhough nampak atas kertas macam susah... Tapi Jabulani tu bulat beb... Anything can happens... Kalau Holland vs Spain kat final, aku neutral walaupun hati aku lebih kat Spain.. Kalau Holland vs Germany, dah sah2 aku sokong Holland kan...
Thanks jugak kat wife terchenta sebab kadang2 dia temankan laki dia ni melayan bola macam orang sewel kat TV.. Macam semalam, tetiber dia bangun and duduk bleh layan 1st half game Uruguay vs Holland... masuk 2nd half dia pun layan, layan tido la tapi... Hehehehe..
Tak kisah la team mana kita semua sokong, apa sebab- musabab kita sokong team itu, yang penting kita enjoy kedatangan 4 tahun sekali World Cup ni.. Tapi jangan la sampai tanggungjawab kita diabaikan atau diremehkan.. Akhir kata, "Say No To Racism"....
p/s: macam nak gi beli vuvuzela buat kenangan...

Tuesday, June 1, 2010

Budak Setan...

Salam all...

Movie Melayu yang tengah hangat diperkatakan skang ni.. Bakal ditayangkan di pawagam pada 03 Jun 2010.. LAGENDA BUDAK SETAN.. Aku memang minat gila ngan hasil nukilan Saudara Ahadiat Akashah ni.. Boleh dikatakan 60%-70% novel dia aku dah baca.. Yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menyentuh sanubari aku ialah cerita LAGENDA BUDAK SETAN ni la.. Korang nak gelak, gelak la.. Aku sikit pun tak kisah wei.. Pada sesiapa yang dah baca novel ni, aku yakin korang sedikit sebanyak akan menyokong aku.. Yang belum baca, tak payah baca.. Sebab korang ni memang pemalas nak membaca kan?? Tak payah sibuk2 terhegeh- hegeh gi kedai buku nak cari novel ni.. Baik korang baca Quran jek kan... Bercerita mengenai bagaimana aku boleh terjebak dengan membaca novel ni ianya bermula masa aku Tingkatan 1 (1991/1992).. Aku dok Asrama Putra Kulai masa tu.. Ada la senior aku yang sebilik ngan aku suka membaca ni.. Tak kira la novel remaja ke komik remaja ke (Raja Rimba,Alam Perwira etc).. Satu hari tuh tengah warmed up kat gelanggang asrama sebab masa tuh nak main "bola chop" dia kasitau yang ada 1 novel ni gempak giler jalan cerita dia.. Aku tanya la apa tajuknya?? Dia bagitau tajuk dia "BUDAK SETAN".. Aku cakap masa prep malam bak datang aku nak pinjam.. Malam tu, dia pun bawak novel tu dan korang nak tau, kerja sekolah aku semua ke laut aku tak buat.. Kudapan malam pun aku skip lepas prep terus masuk bilik panjat katil sambil baca novel tu.. By 1 am macam tuh aku dah selesai baca.. Konklusinya...GEMPAK..Dari pembacaan aku, aku tau mesti ada sambungan lepas ni.. Betul la tuh, lepas Budak Setan keluar plak Budak Setan II dan III..

Lepas baca tiga2 novel aku serious x puas hati dengan ending walaupun aku mengakui yang Brader Ahadiat Akashah dah olah jalan ceritanya kena dengan jiwa remaja aku masa tuh.. Selang setahun lebih lepas tuh, kalau x silap aku masa tu aku sekolah kat Kota Tinggi, aku ternampak junior aku tengah khusyuk dok baca novel yang agak tebal.. So aku gi dekat dia aku terus ambik novel tu dan tengok tajuk dia.. Damn... LAGENDA BUDAK SETAN.. Aku terus blah bersama novel tu kat tangan.. (gaya ala2 Kasyah gittew- samseng + nakal maut kat sekolah).. Dan seperti biasa, junior aku akan diam melopong x melawan... Kalau junior aku yang aku tak ingat nama dia tu baca blog ni, aku nak mintak maaf di atas kekurengan perangai aku dulu.. Hahahahaha.. Aku ambik masa sekitar 20 jam untuk baca dan hayati novel ni.. Konklusinya, tangkap lentok beb.. Dan macam pendapat wife aku skang, ada gak terdetik dalam hati berkata,"Udah2 ler tu Kasyah.. Lu cari je la minah lain.." Syahdu beb bila bayangkan keadaan yang diimaginasikan oleh penulis dalam novel ni..

Now, tak lama lagik akan keluar kat wayang.. Aku dah bagitau Ma'am aku nak gi tengok cerita ni.. Kalau dia taknak aku gi sorang... Lantak la.. Hahahahhaa... Pendapat aku tentang pemilihan pelakon ok la.. Aku tengok trailer dia kat youtube pun nampak ngam.. Pemandangan cantik..

Aku baca Metro tadi, dalam tu tulis Ahadiat Akashah pun nangis tengok filem ni.. Bapak Farid Kamil pun nangis.. So, 1st impression aku, bila penulis sendiri nangis tengok cerita dia kat layar perak, bermakna filem ni boleh la dikatakan menjadi kot.. Harap2 gitu la.. Aku taknak ianya berakhir macam eager aku nak tengok filem
"The book of Eli" itu hari.. "The Ironman II" pun sama.. X sampai kepada expectation aku.. Aku harap2 la filem ni menepati citarasa aku dan wife aku.. Aku doakan yang filem ni akan meletup kat pawagam.. Bagi Ahadiat Akashah senyum lebar skit.. Kesian dia beb selama ni dia hidup susah... Aku baca dalam Utusan ke Mingguan hari tu.. Yang pasti ada persamaan minat antara aku dan Ahadiat Akashah... Minat kat Harley Davidson... Dia dah ada kot tapi aku masih dalam usaha untuk realisasikan impian aku.. Dapat Sportster model jadi la...

Cheers...

p/s: macam nak letak nama anak aku Kasyah or Sidaratul Dursina la plak.. huhuhuhu..

Friday, May 7, 2010

Lain Macam....

Salam All...
Semalam masa balik dari office and lepas fetch wife aku, aku cakap kat dia... "Yang, belanja abang DVD 1 kat kedai cina biasa kita gi tuh.." wife aku yang tengah nak lelap mata (pantang lepa, masuk keter nak membuta...) pandang aku and tanya aku nak beli cerita apa? Aku cakap aku nak beli cerita "The Book of Eli" yang Denzel Washington berlakon tuh.. Aku ni jarang tengok wayang kan.. So membeli DVD cetak rompak adalah antara hobi aku.. Wife aku pun kata ok la nanti singgah kedai cina tuh...

Dari Jalan Semantan depan UOA Building wife aku dah membuta.. Aku hangen betul, ngadap jam sorang2 nih... Dengar radio lagu- lagu macam tak best plak... So aku pun menempuh jam dari Jalan Semantan tu sampai la nak dekat rumah kitaorang kat Pandan Perdana baru dia terjaga... Singgah beli burger 2 ketul pastu ambik Mama and adik aku kat umah then gi dinner.. Lepas dinner aku pun gi lah table cina DVD yang beberapa langkah dari tempat kitaorang makan.. Usha punya usha, demmit citer yang aku nak beli tu xde... Kebanyakan cerita yang display kat situ semua aku dah tengok.. Tetiber bini aku tanya kat amoi yang jaga warung DVD tu..."Ini gambar sudah clear ke moi?"
Amoi membalas,"Sudah kakak, kalau gambar tak cantek, kasi pulang kita ganti baru punya..."

Korang nak tau cerita apa??? "My name is Khan... Aku sabar jek la.. Layankan ajek..
So, sampai jek umah, aku basuh baju, bilas baju and sidai baju.. Wife aku dah lama tidur sebab malam sebelumnya dia tidur kul 4 pagi... Badan gatal2 kena gigit dek pijat ke hama ke aku pun tatau... Aku ni kalau badan penat mata tak lalu nak tidur.. So tgk rancangan kat TV pun mcm haremmmm... Aku teringat DVD Hindustan yang wife aku beli tadi... Aku ni bukannya peminat Hindustan pun... Tapi memandangkan dah takde cerita lain aku nak nonton, aku pun pasang la DVD tuh kat laptop sambil baring2 sebelah wife aku... Melalui sinopsis macam best la cerita nih.. So dari start cerita sampai akhirnya aku layan cerita tuh.. The result??? Aku enjoy dengan cerita Hindustan yang aku baru tengok nih... Lain dari filem2 Hindi yang aku pernah tengok.. Takde menari2 tengah2 padang ke, atas gunung ke... Totallt different.. Syabas...........
Malam ni sah2 la wife aku layan cerita ni kan??? So, aku pun akan tumpang sekaki la tengok lagik sekali..
Untuk Dato' Shah Rukh Khan, lakonan anda dalam cerita ini menjadi... Macam ni la baru best... Ini tak, balik2 ko nak nangis jek putus cinta...

Wednesday, May 5, 2010

My Sexy Wifey...

Aku tak kira la apa orang nak kata tapi pada pandangan aku, di atas kewarasan aqal aku, wife aku memang sexy.. First time tengok perut dia membulat dan ke depan... Cun giler wei... Di saat usia kandungan dia yang dah masuk bulan yang ke-5 ni, aku perhatikan dia dah jarang muntah2.. Cuma last week masa kat Nilai dia muntah dengan hebatnya.. Makan pun dah orait dah.. Cuma masak jek masih belum boleh lagik.. So makan jek la kat kedai.. Aku tak kisah pun.. Tapi kalau dapat makan masakan dia lagi best.. Kena plak dia masak ayam masak sambal.. Mencirit pedas dia tapi best.. Hehehhehee..

Wife aku setiap malam kalau tidur kena gigit dek pijat ke hama ke aku pun tatau.. Sebab aku tak kena gigit.. Maybe pembawakan kot... Kesian aku tengok tangan dia merah- merah.. Nasib baik mertua aku ada bagi cream untuk sapu... Tadi pagi gi Klinik Alam Medic kat Wangsa Maju Section 1.. Ambik medical report dia.. Alhamdulillah semua ok cuma doctor cakap ada slight problem dengan kandungan darah dia... So doctor tu advised kena banyakkan makan sayuran hijau, hati and limpa... Selain tu semua ok.. Syukur sangat- sangat... Yang kelakarnya, wife aku bagitau kat doctor dia makan banyak paru.. Dengan muka yang selenge, doctor tu bagitau ia tak membantu kandungan darah awak pun... Huhuhuhuhuhu...

InsyaAllah, dalam beberapa hari ni, aku and wife akan pergi check- up kat Naluri Wangsa Maju lak.. Sebab wife aku segan dengan doctor lelaki yg check dia... Aku tak kisah mana- mana, I follow... Lagipun, Kak As (kakak ipar aku) check- up and bersalin kat situ... Doctor kat situ pun wanita and service dia ok... So we'll definitely go to Naluri dalam beberapa hari lagik...

To my junior, Yayah sayang kamu kerna "Atas nama cinta, insyaAllah terlahir kamu ke dunia...."

Luv both of ya...

Last Blog on March...

Salam to all... Dah lama aku x update blog... Pasai apa? Pasai la ni aku tengah busy "keghoje".. Since last March, baru hari ni aku tergerak nak update blog.. Well, some bloggers akan update setiap kejadian yang berlaku atas diri mereka seharian.. Some of them lak akan bercerita tentang ketaksuban kepada sesuatu.. Aik?? Ada yang perasan ke? Sorry tak berniat apa- apa cuma menerangkan apa yang hakikat belaka... So nak start dari yang mana eh?? Jap2.. Urmm... Ok, kira start cerita pasal keje aku..

So far Alhamdulillah, keje aku walaupun agak tension dan capek, aku masih mampu berdiri dan mendapatkan rezeki yang halal yang telah dikurniakan Yang Maha Esa... Aku keje apa? Korang ni tak tau lagik ke apa aku keje.. Aku kan buat ID works, tapi la ni aku tengah concentrate pada vinyl tile flooring.. Bukan.. Bukan laminated flooring la.. Dia ala2 laminated flooring la tapi aku punya vinyl tile nih lagik ok la kan.. Nak tau lebih lanjut?? Layari laman web www.hanadeco.com.my... Hahahaha... Malas aku nak cerita lebih2... Bukan korang paham pon kan?? Tapi kalau la ada sesape yang berminat, kasi roger sama aku nescaya aku akan datang jumpa korang.. Business beb...

Ada sekali tu dalam kesangapan aku melayan FB, aku chat ngan sorang kawan sekolah aku ni.. Dia ni keje ngan orang filem.. Kalau tak silap aku, dia ni bab- bab mengilhamkan cerita dan juga tukang tulis skrip.. Dalam saje- saje chatting tuh aku tanya la kat dia, takde ke peluang- peluang untuk orang macam aku ni nak menghasilkan karya? Dia kata ko buat la sinopsis then pass kat aku.. Nanti aku try "jaja" ilham ko tuh kat mana- mana station mcm Astro ke TV3 ke NTV7 ke... Agak menarik ni.. Ye la walaupun aku takde pendidikan formal dalam penulisan nih, tapi aku suka menulis.. Cuma tak dapat sokongan dan arus yang betul.. Member aku tu pun mengingatkan kat aku bahawasanya aku dulu kan student kesayangan Ustaz Alim Konting- Cikgu BM aku.. Aku pun x ingat sangat ye ke aku antara pelajar yang bagus dalam BM Kertas 2.. Aku ye kan aje la... So, aku pun mintak la jasa baik kawan aku ni untuk emailkan contoh sinopsis yang dia selalu buat.. So format sinopsis tu bleh la aku jadikan panduan untuk aku realisasikan ilham aku.. Tak gittew??
Seminggu lepas tuh baru dia email... Itu pun aku ingatkan dia.. Ada la 1 cerita ni bila aku baca sinopsis dia di pengakhiran aku tertarik sangat2 dengan jalan ceritanya.. Not bad gak idea member aku nih.. Tajuk dia?? Rahsia la wei.. Tapi kalau keluar kat TV cerita tu aku dah tau la kan jalan cerita dia.. Hahahahhaha...
Beberapa hari lepas dia email kat aku tu, dia msg aku thru FB tanya mana sinopsis aku? Erkk... Aku simpan dalam thumbdrive and the best part is aku tak tau kat mana aku letak benda alah tuh.. Dia cadang nak bawak ilham aku tuh gi NTV7 kalau tak silap aku untuk sessi apa ntah.. Gilo!!! Sudahnya, aku cakap kat dia aku tak janji la.. Sebab workloads aku skang banyak nak mampos wei... InsyaAllah lain kali aku submit kat dia..
Cerita pasal apa aku nak buat?? Ada la wei... Lagik mau bagi skang... Kang tetiber ada plak mana- mana orang TV terbaca blog aku ni kang, tak ke majal idea kena cilok... Hahahahhaha... Dalam industri hiburan macam- macam benda boleh jadik beb.. Aku ni yang dah bergelumang di sebalik tabir industri muzik bertahun- tahun, dah tau sangat dah game dorang... Well, memang la scene yang aku terjebak ni scene underground ajek.. But still CD ada jual kat toko- toko muzik seluruh negara kan?? Ko ada?? Cuma skang ni jek la baru so- called mastermind dari mainstream (upperground) punya scene panggil "indie"... Padahal benda alah ni dah wujud lama dah.. Dorang dah takleh cari makan ngan artis- artis pop, so nak warnai industri la kononnya dengan wujudkan kelompok2 "indie" ni.. Ptttuuuiiiihhhh.....
Haaa... Cerita pasal band ni, dah lama aku tak perform kat gig... Cuma hari Sabtu lepas dapat la lepas gian perform kat 1 gig kat Bangsar... Featuring jek ngan The Suspects AKA... Event tuh actually Metal Battle of the Bands and DJ Party organised by Pilis Entertainment.. Not bad la gig tuh.. Aku pun last minute agreed untuk perform sama- sama ngan The Suspects AKA.. saje2 lepas gian.. Ma'am pun bagi green light sebab dia balik umah parent dia... Jadi la bujang kejap.. Janggal dowh... Hahahahha... Lagipun aku kesian tengok kat drummer si Wea beria2 ajak aku perform skali.. Layankan ajek...
Gambar tu masa kitaorang perform lagu "Running Thru The Night".. Koyak beb tekak lama tak menjerit lagu- lagu The Suspects AKA.. Kitaorang sempat main 4 buah lagu jek sebab lepas lagu yang ke-4 tu ngam2 waktu Maghrib.. Walaupun 4 lagu jek rabak dol suara lepas tuh.. Kena si Gajah tak nyanyi sangat dengan alasan rentung drive dari Terengganu sebab gi honeymoon.. Chehhh... Lagu- lagu yang sempat didendangkan adalah "Running Thru The Night", "Vespa Hitam", "Oi! Will Survive" ngan "Kuala Lumpur"..
(L-R:Pae-Zi, Matt,Wea,Pejal (yg ni bodyguard aku bukan line-up), and yang depan tu Gajahskin)... Gambar ni plak kitaorang snap lepas performance.. Siap ada back-drop and red carpet tuh.. Gila la.. So masing- masing perasan macam artis la wei... Memang pun artis kan cuma kitaorang tak masuk majalah- majalah macam Mangga, URTV, Media Hiburan, Motor Trader.. Hahahhaa.. Setakat majalah Konsert and ROTTW tu adalah terselit kecik jek... Sabar jek la...

Kat sini aku ingin ucapkan tahniah la kat Pilis Entertainment sebab buat event macam ni.. Walaupun dipenuhi ramai budak sekolah, ia tetap meriah... Dengar cerita Jun nanti ada lagik event macam ni... Macam dorang nak panggil lagik jek... Sempoi... Cheers to Pilis Entertainment...

Thursday, March 11, 2010

Mr Mama..

Hey all.. been a long time since I've updated this blog aye? well honestly don't have any great ideas to share with "uols"... Huhuhu... As to date ni pun, memang takde apa nak cerita... It just that nak kongsi sikit jek pasal house chores yang aku take over from my beloved wife... Sebelum2 ni takde la plak aku terpikir macamana letih and penatnya membuat kerja2 rumah.. Ye la, bagi kebanyakan lelaki2 di luar sana, most of them pikir kerja2 rumah nih mesti dilakukan oleh sang isteri.. Tak terkecuali la aku kan.. But after my wife got pregnant, mcm2 symptoms yang dia kena.. For instance, muntah2 (dengan hebatnya ok..), x lalu makan and cepat melenting.. Bagi aku, setakat muntah2 ni standard la kan... Dalam TV pun selalu nampak dlm Cerekarama or siri2 Melayu kalau pompuan tu hamil (perrghhh..skema betul ayat "hamil" ittew..) mesti la dia muntah2 kan.. Selalunya kalau wife aku muntah2 aku akan pegi ke toilet skali nak tengok keadaan dia.. Azab jugak aku tengok dia muntah wei... Kesian wa cakap lu... Tapi kalau aku "tertido mati", memang la pendengaran aku tak dengar "uwek2" dia tu.. Selalunya bila aku tengok macam susah sangat dia nak muntah aku urut2 la tengkuk dia.. And selalu la dia buat muka cakap sakit bila aku urut2 manja tengkuk dia... Last2 skang ni dia muntah aku biarkan jek dia layan sorang2... Baru feel kot muntah sorang2 tanpa ada gangguan... Ntoh...
Aku ngan wife aku ni bleh la dikategorikan sebagai pasangan yang suka atau mempunyai obsesi terhadap makanan.. Bila dia dalam 1st trimester nih, keupayaan terhadap obsesi ittew merudum dengan amat ketara.. Jadi, tinggallah aku terkontang- kanting melahap juadah2 dinner seorang diri.. Dia just baham burger, roti dan yang sama batch dgnnya.. Kena plak aku ni telah dilabelkan oleh isteriku yang terchenta ittew sebagai seorang Melayu yang tok2... Sehari tak dapat nasi, menggigil satu badan.. Yang dia plak takleh nak terima kehadiran butir2 putih bernama nasi ittew ke dalam tekaknya... Tapi, yang aku pelik, bila balik rumah parent dia, melantak nasi gaya macam baru balik dari Sudan.. Berselera jek.. Maybe air tangan ibu tu kot yang buat dia berselera.. Kena kalau air tangan aku??? Memang MC la 2 hari kena "cirbir"... Di atas tu adalah antara makanan yang diminati oleh wife aku- Nasi Goreng Kerabu.. Hari tu ada la order masa kitaorang makan kat Jln Pantai Bharu.. Tapi dia makan cenonet jek.. Nak suruh aku abiskan, tapi aku Nasi Goreng Kerabu ni kureng sikit.. Aku doa2 sangat masuk 2nd trimester ni nafsu makan dia yang lama tuh akan datang balik.. Rindu wei nak tengok dia makan dengan gelojoh... Hahahaha.. Kalau ada sparring partner time makan baru syok, baru terasa nikmat makanan tu.. Ye tak?
Pasal cepat melenting plak, aku taknak la komen banyak2... Tapi takde la sampai pinggan mangkuk berterbangan kat rumah kan... Maybe hormones dia yang buat dia cepat angin, sensitif and emotional.. Aku layankan aje...
Selalunya, balik keje dia akan kemas rumah (walaupun rumah tak bersepah), basuh baju, lipat kain and kemas2 apa yang patut... La ni, dengan keadaan dia yang amat letih and lesu, aku terpaksa take over kerja2 ittew kecuali lipat baju... Aku ni dari zaman bujang mana reti lipat baju.. Masa kat sekolah dulu, ada jek junior2 aku yang baik hati lipatkan baju2 aku... Lepas2 tu, aku main gantung jek dalam wardrobe ataupun ampai khas kat bilik aku.. So, keje2 membasuh, membilas, menyidai dan mengangkat baju adalah job description terbaru aku kat umah.. Kemas rumah sikit2 sekadar sedap mata memandang pun aku buat kadang2... Tapi wife aku ni jenis keras kepala.. Some weekends dia vacuum rumah time aku tido.. Hari Ahad adalah sungguh heaven bagi diri ini.. Wife aku bleh tahan la understanding bila hari Ahad sampai.. Aku tido tak ingat dunia... Tengahari baru tercelik mata nak bangun...
Ni aku tengah YM ngan bini aku, dia kata "pagi ni tak pening2 macam selalu..." Well i think it's a good sign yang dia akan kembali normal sebab dah masuk 2nd trimester kan.. Aku berdoa sangat everything will be going very smooth... Aku tak sabar nak jadik Big Daddy Cool..
Ni aku baru lepas isap rokok sebatang, and tetiber idea aku nak memblog ni takde dah.. Jam.. Demmit.. So, till then...
Thanks and regards.. (heheheh...macam tulis surat kat client...)

Monday, February 8, 2010

Dah lama tak naik Star LRT..

Salam dan selamat hari Isnin.... Bagi kebanyakan orang, Isnin adalah 1 hari yang sangat menyangapkan.. Monday Blues... Well, standard la kan, ada yang 2 hari cuti on weekend, then dah sedap2 cuti kena start keje balik.. Ni nak citer pasal pagi tadi aku naik Star LRT... Lama giler dah tak naik sejak2 keje kena memandu ke hulu ke hilir nih, walaupun aku ni bukannya drebar.. Kejap nak kena gi site sana, kejap nak kena gi site sini.. Tapi ok lah aku enjoy keje ni.. Nak dijadikan citer, keter kesayangan aku rosak... Memula nak "obehol" jek.. Konon2 nak bikin top overhaul.. Kejap lagik pomen kata lebih baik tukar enjin jek.. aku ckp budget ciput la setakat nih, so nak buat top bottom.. Pun xleh buat gak.. Terpaksa la tukau enjin tuh.. Hawau.. Tersadailah keter kesayangan aku tuh kat workshop skang nih... Gi keje terpaksa pakai keter adik aku.. Masalahnya, dia tak dok ngan aku lagik... So pepagi aku kena la naik LRT pegi Seri Petaling nak ambik keter kat dia..
So pagi2 tadi bini aku dah hantar aku kat LRT station.. Ngam2 beli tiket, LRT sampei.. Aku dengan cargasnyer mencucuk tiket dan melanggar penghadang.. Demmit, pintu LRT dah nak tertutup.. Aku dengan muka tak bersalah dan ala2 "Bourne Ultimatum" menyelit di antara pintu LRT yang dah nak tertutup tuh... Cun2 jek masuk and Yesssss, lepas dowh.. Ni menunjukkan aku masih kurus la wei...
Macam biasa, dalam LRT ni macam2 gelagat manusia yang bleh aku nampak.. Ni antara hobby aku masa aku menjadikan LRT sebagai pengangkutan harian.. Teringat balik zaman2 berhimpit2 and berebut2 nak naik LRT... Sadis beb.. Masa aku dah betulkan pendirian aku sebab pagi2 ni mana ada seat kosong wei, aku perhatikan sorang2 penumpang yang berdekatan ngan aku.. Yang menarik perhatian aku sorang minah Melayu yang bertudung... Siap bawak kipas and dengan muka selamber mengibar2kan kipas yang dia bawak tu... Dalam kepala aku, ni mesti kes berlari2 anak gajah kejar LRT sebab takut lambat sampai opis... Or maybe dia tak mandi pagi... Lepas tu ada plak satu mamat India ni... Aku tatau la whether dia ni India Malaysia ke India Ori... Pakaian smart, kemeja lengan panjang and slacks... Rambut sisir rapi side parting.. Tapi suar slacks dia tuh apehal tinggi sangat?? Huhuhuhuhu... Dalam aku dok usha penampilan "ranggi" mamat India ni, tetiber dia bleh kuarkan sapu tangan dari kocek sebelah kiri kemeja dia... Dia pun berkipas gak guna sapu tangan dia tuh... Dan.. Dan... Err...Errr... Dia punya bau "harum" singgah kat hidung aku... Ni yang buat aku angin nih... Agak2 la kan... Vavi...
Well, lepas tuh bila sampai station Chan Sow Lin, aku tukau LRT untuk ke Seri Petaling.. Orang tak ramai watu nih.. Perjalanan mengambil masa kurang dari 30 minutes... Practical bagi aku, orang lain aku tatau...
So, itu la pengalaman aku naik LRT pagi ni... Cheers to LRT and suara jantan yang berkumandang setiap kali sampai station....

Saturday, February 6, 2010

Layakkah ko dipanggil Designer??

Salam everyone.. Aku ni tengah tension memikirkan company aku punya site progress.. Bukan apa, everytime turun site, Boss aku angin satu badan, mood mcm gampang.. Kang x pasal2 aku yang kena marah, walaupun aku tak buat apa2 kesalahan.. Ni aku baru balik dari site kat Damansara Jaya... Well, rumah tuh memang la cantik.. Harga dia pun cantik gak... basic type jek dah 2.5 million.. Cost untuk renovation ntah la kan.. Aku budget2 mau dekat 1/2 million tuh.. Aku bukan nak cerita pasal owner rumah ni.. Tapi bleh la citer sikit.. Owner rumah ni punya bini pregnant... Ada la lebih kurang 7-8 bulan macam tu... Yang aku tak syok tengok perangai nyonya ni selamba badak jek smoking... Lepas sebatang, sebatang lagik.. Aku pun smoker gak, tapi aku tak pregnant... Kesian la kat budak mata sepet yang ada dalam perut ko tu kan... Apa punya jenis mak la ko ni nyonya... Setan!!!
Yang tu baru makaddimah sajork... Ni nak habaq mai pasai designer 1 firm located kat PJ, dekat2 ngan PJ Hilton tuh.. Company amoi ni dapat projek untuk buat renovation works kat the said property yg hatga 2.5 mil tuh.. Then dia sub la keje2 joinery / carpentry kat company aku keje.. Boss aku ni memang la bleh tahan rapat ngan "designer" nih.. So, dengan takde rasa bersalah dia pun ambik la projek tuh.. Business is business kan... Yang amoi "designer" ni memang macam bagus punya style.. Ntah Cina Jinjang mana mari aku pun tatau.. Berlagak dengan Honda ntah apa ntah, imported direct from Japan katanya... Hisap rokok pas pus pas pus, rokok Salem Light jek pun... Aku ni bukannya apa la kan..
Kalau capability untuk jadik Designer tu takde, toksah la nak jadik kan... Pasai apa aku ckp mcm ni?? Macam aku ni, pernah la terlibat secara langsung pasal site2 ni.. Yang penting, scheduling kena betul.. Ni tak, site meeting ngan subcons pun tak pernah buat, meeting asing2.. Apa kejadahnya?? Lepas tu, melibatkan site progress tak ikut time.. Poyo jek letak countdown kat site, tapi haram tak ikut.. Time contractor cabinet nak buat installation, time tu la contractor cat nak cat dinding.. Yang contractor plaster ceiling sibuk berdebu, time tu la Indon2 nak varnish floor... Kan tak masuk dek aqal tuh.. Semua contractors datang keje at the same time.. Bangang!!
Aku pernah tanya Boss aku, mana site scheduling untuk project ni?? Jawapan dia amat memberangsangkan... "Kita tak pernah ada scheduling woooo..." Jongos betul jawapan dia kan.. Semua nak main ikut suka hati and suka ikut sempat... Ni ada lagi project kat Puchong, "designer" yang sama... Problem yang dihadapi sama gak.. Ntah la sampai bila dorang2 ni nak buat keje ada system sikit... Aku seriously tak biasa dengan cara kerja macam ni... Nasib la wife aku tu tgh mengandung... Kalau tak dah lama aku makikan ajek dorang2 nih...
Aku kadang2 tuh nak jugak proposed kat Boss aku untuk buat kerja bersistem... Tapi Boss aku ni jenis semua benda dia pandai... Padahal dia la manusia paling kelam kabut yang pernah aku jumpa.. Lantak kau la Boss.. Yang penting bulan2 gaji aku kau bayar, claim aku kau bagi...
Tapi kalau lama2 esok ko nak sound2 aku pasal bukan apa2 yang salah aku, ko siap.. Aku campak Harrier ko dalam lombong kat belakang IOI Mall nanti...
Haaa.... lega rasa hati dapat meluahkan segala kekusutan yang bersarang dalam hati, untuk hari ni... Semoga berjumpa lagi, renung2kan dan selamat beramal.....

Monday, January 18, 2010

5 weeks and counting...

Assalamualaikum... macam biasa memang akan mengambil masa yang agak lama untuk menyumbangkan tulisan di dalam blog ini... Well sebenarnya takde apa yang ingin diluahkan.. Tapi hari ini ada sebuah utusan kegembiraan untuk diri ini dan sang isteri.. Begini ceritanya...

Semalam aku dan isteri telah menghantar adik perempuanku dan juga sahabatnya ke LCCT... Di dalam kegelapan malam dan juga kedinginan air-cong Waja isteriku, tetibe dia ter"jeluek".. Apakah?? Mungkin perut kosong sebab kami belum dinner lagik... Tapi kitaran haid isteriku telah terlambat beberapa hari... Cool.... Selepas menghantar 2 orang yang tembam ittew ke LCCT, aku dan isteri pun balik menuju ke kediaman mertuaku di Nilai... Dan si isteri ingin terus ke pharmacy yang berdekatan untuk membeli "prenancy test".. Aku ok je, tapi dalam hati berdebar- debar... Ye la, 1st time masuk pharmacy cari bende ittew... Selalu cari bende lain... So, setelah membelek- belek kurang lebih 5 minit di depan susunan- susunan tester ittew, isteriku pun dengan selambanya mengambil salah- satu tester yang didisplay ittew..

Lepas tu terus cargas balik umah, aku ni tgh nervous terus capai dunhill light sebatang lepak luar rumah.. Baru tarik beberapa pam, isteriku memanggil dari dalam bilik untuk temankan dia buat test tuh... Fuuuhhhh..... Gobra geng... Tapi aku buat muka maintain sajork... The kelakar part ialah, masing- masing 1st time nak buat test tuh, the 1st tester tuh kitaorang letak terbalik kan..... Mampus x keluar2 result dia... Lepas aku semacam tak puas hati, aku ambik kotak tester tuh and tengok arah kedudukan atau posisi yang betul untuk dicelupkan... The 2nd tester aku yang letak... Seminit yang pertama, xde line daaaa.... Tapi mengikut manual yang dibekalkan, kita kena tunggu lebih kurang 40 saat hingga 5 minit.. Dalam minit yang kedua macam tuh, terbitlah line yang kedua... Errrkkk??? Aku dan isteri pandang antara satu sama lain... Senyum! Then aku keluar dari bilik panggil mak mertua aku... Mak mertua aku pun cakap insyaAllah betul tuh... mungkin dah berusia sebulan... Alhamdulillah...

Tapi kami still nak kepastian... Lepas dinner (kul 10pm), kami cargas balik Pandan Perdana and nak singgah Klinik Idzham kat Menara MPAJ... And the result is the same... Alhamdulillah... Aku dah janji kat wife aku sebelum nih, kalau dia pregnant aku nak berenti smoking... Quit smoking depan dia and dalam rumah... huhuhuhuhu.... And aku kena jaga mulut aku dari mengeluarkan kata- kata kesat...Hahahahha...So, kalau ada sesape yang buat aku marah lepas- lepas ni, aku senyum je la... Sabar beb....

Lepas gi klinik, kitaorang terus balik rumah and bagitau mama aku berita ni.. Mama aku dah tido time kitaorang sampai, bleh plak mama aku bangun and dok bercerita and bagi tips/ nasihat... Thanks ma...
So, ittew adalah perkhabaran untuk hari ni.. Sesiapa yang terbaca blog aku ni, doa2kan la kesihatan isteri and anak aku yang ada dalam kandungan dia ye... Wassalam..