Tuesday, April 21, 2009

Kalau dah jodoh tak ke mana...(intonasi ikut gaya Rosyam Nor dlm KL Menjerit..)


Al- kisah... Hazrinna Hussain, begitulah nama gadis ini. Aku bertemunya buat kali pertama ketika aku dan dia sama- sama menuntut di Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai KL. Kelas Arab yang cukup membosankan membuatkan mata aku mengecil dan mengabur pada imej tulisan Arab/ Jawi yang tertera di papan putih. Namun pandangan itu sama sekali menjadi cerah tatkala terpandang wajahnya. Gayanya yang bersahaja dan fokusnya pada setiap butir kata lecturer Arab kami. Namun satu perkara yang aku cukup yakin, dia tidak mengerti apa butir bicara yang disampaikan oleh lecturer tersebut- Salah el Madani... Kesungguhannya itu memukau seluruh deriaku. Cinta pandang pertamakah ini??? Lantas atas pertolongan seorang rakan, aku berjaya mendapatkan email dan juga nombor telefon rumahnya.... Di awal perhubungan, hanya berbalas- balas email dan juga perbualan telefon menjadi jambatan kasih antara aku dan dia.. Dari situ aku mengenali perwatakan gadis ini... Walau ada suara- suara yang seakan tidak percaya di atas hubungan antara aku dan dia, kami sepakat untuk meneruskannya juga...Dan episod- episod "chenta" bermula dengan siri pertama di awal 1999 di Central Market...(bila pikir2 balik, gila kampung meeting point kitaorang kat CM)...
Aku terpaksa mengaku aku bukanlah seorang lelaki yang diimpikan oleh mana- mana gadis. Dengan perwatakan yang bersahaja, jahat di mata ramai manusia, aku berdiri di atas keegoan yang aku cipta sendiri. Sepanjang usia perhubungan kami menjangkau tahun yang kedua, berbagai masalah yang telah aku timbulkan... (tak payah la aku nak cerita semua kan!!!)... Dan dalam diam aku menyimpan hasrat untuk berubah menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya... Itupun atas nasihat teman- teman rapatku (thanks Raid @ Ammar, Sid, Jah, King, Lan, Hardcore dan yang lain).. Namun sebagai seorang manusia yang selalu melakukan kesilapan, aku hanya mampu merancang.. Disinopsiskan cerita, dia telah membulatkan tekad untuk menamatkan hubungan kami dengan alasan ingin memberikan tumpuan yang maksimum dalam pelajaran... Aku umpama dipukau dengan keputusannya dan seperti merelakan atas perpisahan itu.. Rata- rata teman seperjuanganku menyalahkan aku di atas apa yang telah terjadi.. Tapi, dek kerana keegoan yang telah menjangkau akal warasku, aku menerima dengan hati yang semi terbuka.. Semenjak itu, tiada lagi khabar berita yang kudengar darinya.................................................................
Allah Maha Mengetahui segala apa yang di langit dan juga di bumi....... Kehidupan dengan penuh cabaran dan dugaan aku tempuhi di kota metropolitan ini.. Pelbagai peristiwa suka dan duka, riang dan kecewa aku lalui bersama insan- insan yang masih boleh memanggil diri ini sebagai sahabat. Sudah hampir 8 tahun aku tidak mendengar apa- apa berita darinya. Sungguhpun aku tidak menafikan aku punya teman di kala itu, aku tidak henti mendoakan dan mengharap yang dia akan bahagia dengan apa yang dilalui... Langit tidak selalu cerah... Hampir 7 tahun menjalin hubungan, tapi ditakdirkan tiada penghujung yang bahagia... Perpisahan yang dipinta tatkala aku berada beribu batu dari tanahair tercinta.. Dan seperti lazimnya, aku redha... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tak dapat nak huraikan.. Biarlah aku mengikut arah yang telah ditentukan untukku..............
Terima kasih kepada teknologi....... Di suatu petang yang agak membahangkan dengan suhu ibukota mencecah 35 darjah celcius, aku melepak di sebuah cyber cafe milik seorang kenalan. Aku terpanggil untuk menyusuri laman web Majlis Peguam/ Bar Council... Peliknya, aku telah menaip nama gadis ini...HAZRINNA HUSSAIN... setelah sekian lama, hampir sedekad nama ini tidak terpacul di bibir dan bermain di hujung jari jemariku, aku dengan selamba menaip namanya... Dadaku tiba- tiba berdebar tatkala profilnya menghiasi skrin monitor 17" di depanku.. Lantas aku menyimpan nombor telefon firma di mana dia bekerja tanpa ada niat untuk menghubunginya... Hatiku berdetik, Mungkin kini dia sedang bahagia dengan famili barunya...
Beberapa bulan selepas itu di bulan Ogos 2008........ Aku terpanggil untuk menghubunginya... Tiada niat lain, hanya bertanya khabar berita setelah sekian lama tidak berhubung... Dan dia tetap sama, percakapan yang senantiasa ceria, petah dalam segala butir bicara... Dan dia masih menyendiri setelah perhubungan atas nama cinta tidak membawa dirinya ke pengakhiran yang sepatutnya... Simpati aku untuk dirinya... Masih berpeluangkah aku untuk menebus kesilapan lalu?????
Jawapannya..................Lu pikir la sendiri........
Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi dengan kesempatan dan peluang kedua ini... InsyaAllah takkan aku sia- siakannya.... Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, aku dan gadis yang pernah membuat aku terpana ini akan mengakhiri satu episod cinta yang dulu pernah terhenti tanpa ada penghujung yang menggembirakan.... Aku akan cuba menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya................. ~Amin~

4 comments:

  1. ni kalu di hantar ke david teo, sure jadik sebuah kisah chenta yang ngetop ekeke

    ReplyDelete
  2. sayangku....im grateful and thankful for everyday that i am with you! thank you for loving me this much bebe!.....

    ReplyDelete
  3. kalau box-office takpe...aku takut takde org masuk panggung jek...hahahahha....

    ReplyDelete
  4. belum cube belum tau maa..
    hahaha...

    ReplyDelete