Tuesday, April 28, 2009

Bored Sunday...

(Rupa-rupanya aku pernah taip this post dulu but it ended aku tak published...tersave dlm draft...bingai seyy....so setelah berbulan-bulan baru aku sedar,so aku published jek la evnetho' dah basi......cheers....)

Hallooooohaa..... it's a bored Sunday afternoon I

woke up from my sleep. There's no special TV shows (as usual for a guy like me) at the moment I "see the world" on that particular day. Well, I've promised my dear Hazrinna to accompany her to her office- doing some filing jobs! Err, how can I say NO, right?? I received her call at around 12.15pm, and yet I'm still holding my "old skool" Skylark guitar playing some tunes.. Rushed to the bathroom to take shower, and prep myself as casual as I can be.. Casual ke? We reached her office around 13.00 that boring Sunday. Well, I've been required by Hazrinna to help her on "pink files" that I really don't know the contents of the files. All that I've to do was find the account number or the Acc.holders' names and passed it to her. She'll slot the "pink files" into a "Masterfile" etc...

I looked at my Guess watch on my left wrist. Damn... it's been 4 hours since we reached the office. No wonder my stomach started to grumble, and it's sound likes a number from Metallica's old skool "black album".. huhuhu.. Luckily, all the tasks almost finish, so we decided to take our so- called "lunch" at a Mamak Stall nearby- Bukhary.. We ordered the same menu- Nasi Goreng Kambing except for the drink. She had Sirap Limau (as usual) and I took Iced Nescafe.. Syukur Alhamdulillah.... Kenyang gila.... we sat there for almost an hour discussing many topics i.e; marriage, families etc..

We headed to CapsSquare- to watch "Confessions of a Shopaholic".. This movie was already on screen since I was away to Sudan the other day. I thought my Hazrinna would watched it with her colleagues when I was not here. It's ok for me if she want to do so because of I'm not really interested to this kind of movie. But we ended up in the cinema with 3 other persons. Cool right??

Basically, this movie is quite ok.. I can laughed to some scenes.. enjoyable!

Tuesday, April 21, 2009

Baju Nikah Hazrinna.. Cantik??


Hmm... Kali ni aku nak bercerita or dengan lebih tepat lagi aku nak berkongsi tentang salah satu persiapan "Hari Besar" aku ngan Hazrinna... This pic, it was taken kalau tak silap aku December 2008... (korang bayangkan, after 2 or 3 months "jumpa balik", kitaorang dah decide nak cari baju nikah...GELOJOH ke???)...Aku ingat lagi hari tu Hazrinna ada court matter kat Shah Alam High Court.. Kebetulan aku cuti hari tu, so automatically aku telah dilantik sebagai "supir" dan juga bodyguard dia... Masa on the way back to KL, kami terlalu kat Plaza Alam Sentral... Then she decided to go to Euro Moda inside this mall.. Dalam hati aku ok jugak sebab bila time aku tak keje la senang nak cari barang2 untuk wedding aku ngan dia.. Aku ni dah lah keje tak ikut masa.. Kekadang sampai kul 3 pagi masih lagi terpacak kat site...

Berbalik kepada cerita baju nikah ni, usha punya usha punya usha, dia berkenan dengan kain yang tertera di atas dan di sebelah... Kain buatan ntah negara mana ntah.... Yang pasti, kain ni dari jenis French Lace...whatever la kan.... Tapi aku dah tengok sample baju ni yang dah siap.... Not bad.. So, beberapa minggu selepas insiden meng"usha" kain untuk dijadikan baju nikah ni, Hazrinna telah pergi ke Euro Moda cawangan Jalan TAR bersama- sama kawan baiknya (Cik Siti Sarah Husin)... To be exact, mungkin rezeki kami, ibu kepada Cik Siti Sarah Husin telah berkenan untuk men"sponsor" baju nikah ini... Alhamdulillah.... Surprisingly, baju nikah aku yang colornya putih off- white juga telah di"sponsor" juga... Terima kasih kepada Ibu beliau... Di kala aku mengarang cerita ini, baju nikah kami masih belum ditempah... But kami dah jumpa tailor yang sanggup buat mengikut design and pattern yang diingini.... And the price untuk upah those baju is quite affordable... Jauh lebih murah dari most of the tailor yang kami tanya kat KL ni... Nak tau kat mana? Rahsia...... (Kalau nak tahu, hallo/ roger gua... )

P/S: Terima kasih sekali lagi untuk Cik Siti Sarah Husin dan ibunya... God bless.....

Kalau dah jodoh tak ke mana...(intonasi ikut gaya Rosyam Nor dlm KL Menjerit..)


Al- kisah... Hazrinna Hussain, begitulah nama gadis ini. Aku bertemunya buat kali pertama ketika aku dan dia sama- sama menuntut di Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai KL. Kelas Arab yang cukup membosankan membuatkan mata aku mengecil dan mengabur pada imej tulisan Arab/ Jawi yang tertera di papan putih. Namun pandangan itu sama sekali menjadi cerah tatkala terpandang wajahnya. Gayanya yang bersahaja dan fokusnya pada setiap butir kata lecturer Arab kami. Namun satu perkara yang aku cukup yakin, dia tidak mengerti apa butir bicara yang disampaikan oleh lecturer tersebut- Salah el Madani... Kesungguhannya itu memukau seluruh deriaku. Cinta pandang pertamakah ini??? Lantas atas pertolongan seorang rakan, aku berjaya mendapatkan email dan juga nombor telefon rumahnya.... Di awal perhubungan, hanya berbalas- balas email dan juga perbualan telefon menjadi jambatan kasih antara aku dan dia.. Dari situ aku mengenali perwatakan gadis ini... Walau ada suara- suara yang seakan tidak percaya di atas hubungan antara aku dan dia, kami sepakat untuk meneruskannya juga...Dan episod- episod "chenta" bermula dengan siri pertama di awal 1999 di Central Market...(bila pikir2 balik, gila kampung meeting point kitaorang kat CM)...
Aku terpaksa mengaku aku bukanlah seorang lelaki yang diimpikan oleh mana- mana gadis. Dengan perwatakan yang bersahaja, jahat di mata ramai manusia, aku berdiri di atas keegoan yang aku cipta sendiri. Sepanjang usia perhubungan kami menjangkau tahun yang kedua, berbagai masalah yang telah aku timbulkan... (tak payah la aku nak cerita semua kan!!!)... Dan dalam diam aku menyimpan hasrat untuk berubah menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya... Itupun atas nasihat teman- teman rapatku (thanks Raid @ Ammar, Sid, Jah, King, Lan, Hardcore dan yang lain).. Namun sebagai seorang manusia yang selalu melakukan kesilapan, aku hanya mampu merancang.. Disinopsiskan cerita, dia telah membulatkan tekad untuk menamatkan hubungan kami dengan alasan ingin memberikan tumpuan yang maksimum dalam pelajaran... Aku umpama dipukau dengan keputusannya dan seperti merelakan atas perpisahan itu.. Rata- rata teman seperjuanganku menyalahkan aku di atas apa yang telah terjadi.. Tapi, dek kerana keegoan yang telah menjangkau akal warasku, aku menerima dengan hati yang semi terbuka.. Semenjak itu, tiada lagi khabar berita yang kudengar darinya.................................................................
Allah Maha Mengetahui segala apa yang di langit dan juga di bumi....... Kehidupan dengan penuh cabaran dan dugaan aku tempuhi di kota metropolitan ini.. Pelbagai peristiwa suka dan duka, riang dan kecewa aku lalui bersama insan- insan yang masih boleh memanggil diri ini sebagai sahabat. Sudah hampir 8 tahun aku tidak mendengar apa- apa berita darinya. Sungguhpun aku tidak menafikan aku punya teman di kala itu, aku tidak henti mendoakan dan mengharap yang dia akan bahagia dengan apa yang dilalui... Langit tidak selalu cerah... Hampir 7 tahun menjalin hubungan, tapi ditakdirkan tiada penghujung yang bahagia... Perpisahan yang dipinta tatkala aku berada beribu batu dari tanahair tercinta.. Dan seperti lazimnya, aku redha... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tak dapat nak huraikan.. Biarlah aku mengikut arah yang telah ditentukan untukku..............
Terima kasih kepada teknologi....... Di suatu petang yang agak membahangkan dengan suhu ibukota mencecah 35 darjah celcius, aku melepak di sebuah cyber cafe milik seorang kenalan. Aku terpanggil untuk menyusuri laman web Majlis Peguam/ Bar Council... Peliknya, aku telah menaip nama gadis ini...HAZRINNA HUSSAIN... setelah sekian lama, hampir sedekad nama ini tidak terpacul di bibir dan bermain di hujung jari jemariku, aku dengan selamba menaip namanya... Dadaku tiba- tiba berdebar tatkala profilnya menghiasi skrin monitor 17" di depanku.. Lantas aku menyimpan nombor telefon firma di mana dia bekerja tanpa ada niat untuk menghubunginya... Hatiku berdetik, Mungkin kini dia sedang bahagia dengan famili barunya...
Beberapa bulan selepas itu di bulan Ogos 2008........ Aku terpanggil untuk menghubunginya... Tiada niat lain, hanya bertanya khabar berita setelah sekian lama tidak berhubung... Dan dia tetap sama, percakapan yang senantiasa ceria, petah dalam segala butir bicara... Dan dia masih menyendiri setelah perhubungan atas nama cinta tidak membawa dirinya ke pengakhiran yang sepatutnya... Simpati aku untuk dirinya... Masih berpeluangkah aku untuk menebus kesilapan lalu?????
Jawapannya..................Lu pikir la sendiri........
Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi dengan kesempatan dan peluang kedua ini... InsyaAllah takkan aku sia- siakannya.... Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, aku dan gadis yang pernah membuat aku terpana ini akan mengakhiri satu episod cinta yang dulu pernah terhenti tanpa ada penghujung yang menggembirakan.... Aku akan cuba menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya................. ~Amin~

Perpaduan aka Unity- Oi!KonyoL 2001 (Music for Working Class)


Apakah yang ingin engkau satukan
Sedang dirimu hanyut di tengah lautan
Adakah yang engkau bangga- banggakan
Permusuhan yang tiada kesudahan..

Di manakah letaknya akal fikiran
Di manakah hilangnya kebijaksanaan
Adakah ini akan berkekalan
Yang pasti akhirnya, kita akan kecundang...

Wahai kawan marilah kita bersatu- hati
Demi masa depan
Jangan dikira warna kulit dan asal- usulnya
Yang pasti kita semua sama..

Marilah kita bersatu- hati
Jauhilah hasad dengki dan iri hati...

Suatu Masa- Oi!KonyoL 2001 (Music for Working Class)


Meraba dalam kegelapan
Tiada hala tujuan
Itu kami suatu masa
Enggan mendengar kata sesiapa
Masa beredar, dunia berubah
Tapi hati tetap sama...

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Itu pepatah orang lama
Menyuruh kita berjasa
Ayuh semua kita fikirkan masa depan kita...

Suatu masa nanti kami berjanji
Kami pastikan impian kami realiti
Di mana bumi dipijak, di situ langit kami junjung...

Akan kami kotakan impian kami
Biar semua membuka mata
Yang dulu memandang hina pada cara hidup yang tak menentu
Akan kami buktikan di suatu masa....

(dedicated to all my fellow Skinheads during the ups and downs...RIP 1994- 2004)