Tuesday, November 9, 2010

Khayrin Sophia

Bila ku tahu
Kau akan hadir
Menghiasi hidupku dan ibumu

Syukur ku panjatkan
Atas kurniaNya
Merasai nikmat
Yang tak terhingga

Kau lah cahaya
Yang menerangi
Melengkapkan perjalanan ini

Inginku melihat senyummu
Inginku mendengar tangismu
Kan ku jaga, kan ku bela nasibmu

Tak kira siang dan malam
Ku redahkan pagi dan petang
Kasih sayangku tersemat untukmu

(song & lyric hakmilik mattscape rekord,2010)

18 jam yang mendebarkan..

Salam and hi to all.. Ok2, aku tau dah lama aku x update blog.. Last masa July hari tuh. Yes,memang banyak perihal yang dah terjadi yang tak sempat aku ceritakan sejak 3-4 bulan yang lepas. Now aku nak berkongsi cerita pasal debaran masa bulan September lepas. Nak dijadikan cerita....

Balik keje petang tu, as usual aku akan fetch wife aku kat office dia. Al-maklum, perut tengah sarat mengandung anak sulung kami.. Bulan puasa lak tu.. Kitaorang plan untuk gi check-up macam biasa kat Naluri Wangsa Maju. It was our last meeting ngan Dr Z.. By the way, Kak As (kakak ipar aku) ada usik2 wife aku last week before our visit to Naluri ni, dia kata,"Aku dulu masa last check-up, malam tu dah bersalin.." Then masa sampai turn wife aku check-up, memang betul2 Dr Z bagitau u dah boleh masuk wad mlm ni ye... Terus berderau darah aku dengar bila Dr Z cakap macam tu kat wife aku.. Maunyer tak, dengan baju office bagai, dengan satu hape x bawak- berkecamuk jap.. Tapi macam biasa, aku buat muka cool jek.. Terus ckp kat wife aku,"Yang,kita gi bukak puasa dulu, then kita gi Hospital Ampang ok.." Wife aku follow sajork.. So lepas gerak dari Naluri tu, kitaorang berbuka puasa buffet kat Desa Pandan..

Lepas berbuka tu kitaorang straight to Hospital Ampang. Dua2 dengan tak tau apa2 main langgar jek.. Sampai kat Wad Bersalin as usual aku tak dibenarkan masuk masa wife aku kena check.. Berjinggut gak aku nunggu kat luar, dalam kul 9 lebih macam tuh wife aku keluar dah siap pakai uniform.. Gabra.. Dia bagitau memang dah "bukak" tapi still lom cukup untuk melahirkan.. Malam tu wife aku dah start sakit2 and was admitted.. Aku balik rumah capai semua barang2 keperluan (yang dah disediakan sebulan lebih awal), mandi and solat.. Pastu gerak gi hospital balik.. Aku siap belikan majalah sampai 5 jenis nak bagi wife aku jangan sangap menahan sakit.. Aku sampai hospital around 1 hour after that.. Aku tido2 ayam kat luar wad, dlm keter and kat surau.. Lepas solat Subuh around 06:45 wife aku sms ckp dia dah nak masuk Labour Room.. Dengan cargasnya aku naik balik wad and terus temankan wife aku kat dlm tu..

Start dr 06:45 sampai 15:00 aku temankan wife aku yang tengah menahan sakit nak bersalin.. Kesian giler wei tengok bini aku macam tu.. Kejap2 aku lapkan muka dia, kejap2 aku adjust katil dia, kejap2 aku hulur corong oksigen kat dia.. Macam2 la aku buat.. Masa tu dalam hati tak putus2 doa semoga semuanya selamat.. Around 15:15 macam tu, ada nurse ni tanya wife aku, "Nak cuba teran tak?" Aku pandang wife aku, dia pandang aku.. Wife aku dengan nada selamba jawab, "Boleh la.."

Sessi teran- meneran berlangsung selama 15 minit. Dalam masa 15 minit tu aku paut tengkuk wife aku and suruh dia istighfar byk2. tapi dia boleh plak Selawat kan... Nak tergelak pun ada.. Dalam sakit2 tu, dia pun sempat tergelak, ye la lain aku suruh baca lain yang dia sebut.. Masa minit yang ke-11 masa wife aku meneran, aku dah ternampak rambut anak aku.. Terbeliak dol tengok keajaiban ciptaan Allah.. Wife aku takde kasi chance, for the last 4 minutes tu dia teran kaw2 sat wa ckp lu..

Dan, Alhamdulillah, segala pujian ke-HadratNya, tepat 15:15 tanggal 08.09.10 , lahirlah puteri pertama Khairul Faizal Ismail and Hazrinna Hussain...

Inilah dia kesayangan buah hati Babah yang pertama.. Khayrin Sophia Bte Khairul Faizal.. (cantik bukan rambut dia??)

Aku azan dan iqamah kat anak aku masa lepas dibawa keluar dari Labour Room.. Lepas tu, aku disuruh keluar and tunggu wife and anak aku.. Aku terus call Mama bagitau pasal berita gembira ni.. Nak menitik airmata wei sebab happy sangat2... Alhamdulillah.. Itu jek yang asyik terpacul dari mulut aku..

Sophia, Babah and Mummy sayang kat awak sangat2.. Xmao nakal2 ye sayang... Luv ya...

Monday, July 19, 2010

Sakitnya...

Dah dekat 3 bulan aku menanggung sakit ni.. Sakit sangat bila angkat barang2 dapur yg dibeli dari Segi Supermarket.. Sakit sangat bila angkat pakaian yg dibasuh dari washing machine untuk disidai.. Sakit sangat bila menaip report.. Sakit sangat bila memetik guitar kapok aku.. Sakit sangat bila memulas stereng kereta.. Sakit sangat bila tergeliat tak sengaja... Sakit sangat pergelangan tangan kanan aku ni.. Kenapa sakit??

3-4 tahun lepas,aku accident depan kedai J kat Pandan Indah.. Aku baru jek keluar simpang dari kedai makan tu, naik motor EX5 aku dulu.. Tetiber ada la sebuah kereta Kancil ni main belasah je masuk simpang tanpa nampak yang aku kat main road ni.. Patutnya dia bagi la aku jalan kan.. Ni baik punya dia corner baring lantas aku sodok bahagian depan kereta dia ngan motor kapchai aku.. Apa lagi?? Macam Superman la aku terbang.. Tapi Superman bila dia landing kaki dulu kan?? Ni aku muka dulu lagik skit makan tar.. Dek kerana sayangkan muka aku yang agak hensem ni, aku pun tahan la tangan aku kat tar dengan harapan muka aku selamat.. Ya...Alhamdulillah memang tak kena muka... Tangan kanan aku ni la yang landing dulu.. Memang pun takde gaya Superman langsung... Aku dengan gaya bengang, angkat motor aku port tepi,walaupun tangan dah calar-balar dan sakit2..Aku sound mamat tu yang ala2 ABANG BESAR kononnya.. Dia boleh plak sound aku,"ko pehal sodok kereta aku beb??"
Aku dengan gaya angkuh + bengang + sakit hati = aku sound dia,"Ko ni bangang ke buta?aku kat jalan besar yang ko alih2 masuk macam "PARAON" apsal??"mungkin dia tatau kawan2 aku yg muka macam buragas ada dekat2 situ jek..

Dia baru nak lawan cakap aku,tetiber pakcik + makcik yang jual kuih ngan nasi lemak tepi jalan tuh sound tepek kat dia.."Dah sah2 memang salah ko..!"terus mamat yg konon2 gangster tu terdiam.. Aku cakap kat dia balai cerita.. Kalau x aku hempon cermin kereta dia pakai helmet Apollo aku.. Aku tengok dia capai handphone dia calling2 and dari cara dia bercakap tu,konon2 dia call kaum dia la suruh datang balai traffic Ampang..Ko panggil la sape pon ko nak panggil,yang penting saksi kejadian aku ada.. But at the same time,aku pun bukan la bodoh kan,terus jek calling2 sahabat2 aku yang diimport dari Keramat..Aku call suruh 2-3 orang jek datang.. Bila sampai balai,15 bijik motor yg datang..Gila ke apa bebudak ni..Tapi bangga + bersyukur ada kawan2 macam ni di saat2 aku kesusahan.. Lepas buat report,motor aku hantar workshop kat Loke Yew..Claim insurance..Dah tu tangan aku ni macamana??Mamat tu seboleh2 xnak bayar kos klinik..Dengan bantuan kawan2 yang memang gangster,aku dapat RM150 dari mamat tu.. Padan muko!!Tapi aku gi HUKM kena RM20 jek..Lega...Memang sah tangan aku ni retak..

Dan lepas bertahun2,tangan ni sakit balik..aduyai..Gi klinik tadi,doctor tu advised jumpa lagik sorang doctor Singh esok..Dia ni pakar pasal tulang2 ni..Ye la tuh doctor..Esok aku gi klinik lagik la gamaknya...

p/s:sakit2 tangan ni pun aku gagah memblog sebab dah lama menyepi..

The champ is...

Akhirnya, Spain yg menang.. Well, salah satu team yang aku sokong gak..(sebab ada Torres)... Tapi kan,yang sengalnya aku ni,semua game yg menarik and penting aku x miss pon.. Boleh plak masa final nih aku ngantuk + penat giler.. Langsung x tengok.. Bukan xde niat nak tengok.. Bini aku dah set alarm dah.. Dia janji akan kejutkan aku kul 2.30am.. Dan Alhamdulillah,gaya seorang isteri yg solehah,dia bangun n kejutkan aku..

"Yang,bangun la dah kul 2.30am ni..Game dah start tuh.."kejut bini aku dalam keadaan mamai...

"Hmm..awak tengok la dulu..Abang nak lelap skit jek lagik nih.."jawab aku tanpa ada rasa bersalah...

Hahahaha..jawabnya dua2 hanyut sampai ke subuh.. Dapat tau result masa gi keje,dengar SinarFM..Aku just tersengih macam kerang busuk.. Perbualan pagi tuh berkisar tentang game final Holland vs Spain yang aku tak tengok...Sepanjang perjalanan dari Pandan Perdana sampai ke Pusat Bandar Damansara,aku ngan bini aku saling salah menyalahkan pasal tak bangun tengok final... (and of cos,dalam gelak ketawa...)Aku cakap kat dia ape ada hal,balik keje kang tengok jek la Siaran Tertunda...

Wednesday, July 7, 2010

Sekian lama wei...

Dah lama giler rasanya aku tak meng"update" blog aku nih.. Lain la macam bini aku,bukan ada keje sangat kat office.. Kejap2 update blog.. Macam aku ni, bukan kerja memerap kat office jek, kekadang tu kena site visit la, site meeting la, jumpa clients la.. Haiiihhhhh... Actually selain tuntutan kerjaya yang memang memenatkan, aku takde idea sebenarnya nak tulis... Well, aku bi bukan dilahirkan sebagai pengarang ke novelis ke ape ke... Ni sekadar minat sahaja2... So aku rasa aku just nak kongsi moment2 yang dah berlaku sejak kehilangan aku dalam arena blog nih..

Mari kita mulakan dengan World Cup... Hahahahhaa... Aku ada 3 teams pilihan untuk World Cup kali ni... England, Spain and South Korea... Aku memang dari dulu jadi penyokong England team.. Tatau kenapa..Mungkinkah aqal aku nih memang dah disogokkan dengan promosi2 team England ketika aku berusia 6 tahun! Entah, yang pasti aku rasa minat aku terhadap sesebuah pasukan itu bergantung kepada keseluruhan pemain yang aku kenal.. So bila tengok games dorang kat TV baru feel kenal semua player.. Even cameraman x closed-up pun aku tau sape yang tgh bawak bola, berdasarkan kepada gaya dribbling atau gaya larian dorang.. Or mungkin aku ni peminat setia Liverpool FC sejak kecik.. So, dah terbiasa dengan gaya permainan English.. Tapi kadang2 aku pelik, bila Premier League ramai gila kawan2 aku sokong MU/Chelsea/Arsenal/West Ham pun ada, tapi bila World Cup sokong Argentina, Brazil, Germany etc2 selain England.. X kisah pun team mana dorang nak sokong, tapi at least ambik tau la perkembangan league negara dorang.. Ini korang just kenal star players jek.. Macam shialll.. And of cos, untuk kaum pompuan lak, team mana yang lagik ramai pemain hensem (eventho stgh dr dorg "gay") itu yang dorang pilih.. Mungkin media negara kita terlalu menyogok Premier League untuk tatapan umum.. Sgt kurang game2 yang melibatkan liga seperti La Liga, Serie A, Bundesliga dan yang sewaktu dengannya..

Kecewa?? Ye aku sgt2 kecewa bila England terkandas kat 2nd round.. Tapi memang patut pun terkandas, main masing2 macam haram jadah.. Takde quality.. Mcm Rooney yang dicanang2 akan merobek kubu pertahanan lawan katanya, main mcm budak bawah 16 sekolah Tamil.. Defenders semua hancit (hancur + pancit)... Tapi nak buat macamana kan??

Spain? Macamana aku bleh terjebak minat Spain eh? Dulu aku suka tengok Raul Gonzales punya style atas padang.. Selain tu, aku suka tengok Puyol dengan gaya kelam- kabutnya.. Rambut dah la macam shiall.. Hahahahaaha.. Sebabnya aku rasa skang ada Fernando Torres and Xabi Alonso.. Sorang player Liverpool and sorang ex player Liverpool... But dengar khabar Roman Abramovich nak beli Torres lepas ni, so aku rasa aku akan kuburkan sokongan aku kepada team Spain if betul Torres blah gi Chelsea... Demmit... Pasai apa aku still support Xabi Alonso eventhough dia blah tinggalkan Liverpool? Takde hal akalu blah gi La Liga or league mana sekalipun, asalkan jangan gi mana- mana teams dalam Premier League.. Sakit hati dol... But for this 2010 World Cup, hanya tinggal Spain team pilihan utama aku selain Holland..
Pehal lak aku sokong South Korea??? Pasal boss aku org Korea.. Jadik terpaksa la poyo2 ayam sokong and try to kenal all the players... Baru boss sayang... Tak gitu?? Arrrghhh... Malas la aku nak upload gambar team Korea ni... Beside boss aku orang Korea, aku rasa sebagai orang Asia aku kena la pilih satu team Asia untuk disokong kan??? Nak pilih Japan, agak kureng la.. Aku cuma minat Japan zaman2 Nakata dulu... Takkan nak pilih North Korea?? Giler communist... Hahahahaha...
Di saat blog ni aku update, Holland dah berjaya mara ke pusingan akhir World Cup kali ni... Malam ni tunggu either Spain or Germany... Semalam dah sah2 aku sokong Holland kan?? Nak tau ape sebab?? Sebab ada Dirk Kuyt and Ryan Babel.. Lu pikir la sendiri... Hopefully Spain dapat kalahkan Germany eventhough nampak atas kertas macam susah... Tapi Jabulani tu bulat beb... Anything can happens... Kalau Holland vs Spain kat final, aku neutral walaupun hati aku lebih kat Spain.. Kalau Holland vs Germany, dah sah2 aku sokong Holland kan...
Thanks jugak kat wife terchenta sebab kadang2 dia temankan laki dia ni melayan bola macam orang sewel kat TV.. Macam semalam, tetiber dia bangun and duduk bleh layan 1st half game Uruguay vs Holland... masuk 2nd half dia pun layan, layan tido la tapi... Hehehehe..
Tak kisah la team mana kita semua sokong, apa sebab- musabab kita sokong team itu, yang penting kita enjoy kedatangan 4 tahun sekali World Cup ni.. Tapi jangan la sampai tanggungjawab kita diabaikan atau diremehkan.. Akhir kata, "Say No To Racism"....
p/s: macam nak gi beli vuvuzela buat kenangan...

Tuesday, June 1, 2010

Budak Setan...

Salam all...

Movie Melayu yang tengah hangat diperkatakan skang ni.. Bakal ditayangkan di pawagam pada 03 Jun 2010.. LAGENDA BUDAK SETAN.. Aku memang minat gila ngan hasil nukilan Saudara Ahadiat Akashah ni.. Boleh dikatakan 60%-70% novel dia aku dah baca.. Yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menyentuh sanubari aku ialah cerita LAGENDA BUDAK SETAN ni la.. Korang nak gelak, gelak la.. Aku sikit pun tak kisah wei.. Pada sesiapa yang dah baca novel ni, aku yakin korang sedikit sebanyak akan menyokong aku.. Yang belum baca, tak payah baca.. Sebab korang ni memang pemalas nak membaca kan?? Tak payah sibuk2 terhegeh- hegeh gi kedai buku nak cari novel ni.. Baik korang baca Quran jek kan... Bercerita mengenai bagaimana aku boleh terjebak dengan membaca novel ni ianya bermula masa aku Tingkatan 1 (1991/1992).. Aku dok Asrama Putra Kulai masa tu.. Ada la senior aku yang sebilik ngan aku suka membaca ni.. Tak kira la novel remaja ke komik remaja ke (Raja Rimba,Alam Perwira etc).. Satu hari tuh tengah warmed up kat gelanggang asrama sebab masa tuh nak main "bola chop" dia kasitau yang ada 1 novel ni gempak giler jalan cerita dia.. Aku tanya la apa tajuknya?? Dia bagitau tajuk dia "BUDAK SETAN".. Aku cakap masa prep malam bak datang aku nak pinjam.. Malam tu, dia pun bawak novel tu dan korang nak tau, kerja sekolah aku semua ke laut aku tak buat.. Kudapan malam pun aku skip lepas prep terus masuk bilik panjat katil sambil baca novel tu.. By 1 am macam tuh aku dah selesai baca.. Konklusinya...GEMPAK..Dari pembacaan aku, aku tau mesti ada sambungan lepas ni.. Betul la tuh, lepas Budak Setan keluar plak Budak Setan II dan III..

Lepas baca tiga2 novel aku serious x puas hati dengan ending walaupun aku mengakui yang Brader Ahadiat Akashah dah olah jalan ceritanya kena dengan jiwa remaja aku masa tuh.. Selang setahun lebih lepas tuh, kalau x silap aku masa tu aku sekolah kat Kota Tinggi, aku ternampak junior aku tengah khusyuk dok baca novel yang agak tebal.. So aku gi dekat dia aku terus ambik novel tu dan tengok tajuk dia.. Damn... LAGENDA BUDAK SETAN.. Aku terus blah bersama novel tu kat tangan.. (gaya ala2 Kasyah gittew- samseng + nakal maut kat sekolah).. Dan seperti biasa, junior aku akan diam melopong x melawan... Kalau junior aku yang aku tak ingat nama dia tu baca blog ni, aku nak mintak maaf di atas kekurengan perangai aku dulu.. Hahahahaha.. Aku ambik masa sekitar 20 jam untuk baca dan hayati novel ni.. Konklusinya, tangkap lentok beb.. Dan macam pendapat wife aku skang, ada gak terdetik dalam hati berkata,"Udah2 ler tu Kasyah.. Lu cari je la minah lain.." Syahdu beb bila bayangkan keadaan yang diimaginasikan oleh penulis dalam novel ni..

Now, tak lama lagik akan keluar kat wayang.. Aku dah bagitau Ma'am aku nak gi tengok cerita ni.. Kalau dia taknak aku gi sorang... Lantak la.. Hahahahhaa... Pendapat aku tentang pemilihan pelakon ok la.. Aku tengok trailer dia kat youtube pun nampak ngam.. Pemandangan cantik..

Aku baca Metro tadi, dalam tu tulis Ahadiat Akashah pun nangis tengok filem ni.. Bapak Farid Kamil pun nangis.. So, 1st impression aku, bila penulis sendiri nangis tengok cerita dia kat layar perak, bermakna filem ni boleh la dikatakan menjadi kot.. Harap2 gitu la.. Aku taknak ianya berakhir macam eager aku nak tengok filem
"The book of Eli" itu hari.. "The Ironman II" pun sama.. X sampai kepada expectation aku.. Aku harap2 la filem ni menepati citarasa aku dan wife aku.. Aku doakan yang filem ni akan meletup kat pawagam.. Bagi Ahadiat Akashah senyum lebar skit.. Kesian dia beb selama ni dia hidup susah... Aku baca dalam Utusan ke Mingguan hari tu.. Yang pasti ada persamaan minat antara aku dan Ahadiat Akashah... Minat kat Harley Davidson... Dia dah ada kot tapi aku masih dalam usaha untuk realisasikan impian aku.. Dapat Sportster model jadi la...

Cheers...

p/s: macam nak letak nama anak aku Kasyah or Sidaratul Dursina la plak.. huhuhuhu..

Friday, May 7, 2010

Lain Macam....

Salam All...
Semalam masa balik dari office and lepas fetch wife aku, aku cakap kat dia... "Yang, belanja abang DVD 1 kat kedai cina biasa kita gi tuh.." wife aku yang tengah nak lelap mata (pantang lepa, masuk keter nak membuta...) pandang aku and tanya aku nak beli cerita apa? Aku cakap aku nak beli cerita "The Book of Eli" yang Denzel Washington berlakon tuh.. Aku ni jarang tengok wayang kan.. So membeli DVD cetak rompak adalah antara hobi aku.. Wife aku pun kata ok la nanti singgah kedai cina tuh...

Dari Jalan Semantan depan UOA Building wife aku dah membuta.. Aku hangen betul, ngadap jam sorang2 nih... Dengar radio lagu- lagu macam tak best plak... So aku pun menempuh jam dari Jalan Semantan tu sampai la nak dekat rumah kitaorang kat Pandan Perdana baru dia terjaga... Singgah beli burger 2 ketul pastu ambik Mama and adik aku kat umah then gi dinner.. Lepas dinner aku pun gi lah table cina DVD yang beberapa langkah dari tempat kitaorang makan.. Usha punya usha, demmit citer yang aku nak beli tu xde... Kebanyakan cerita yang display kat situ semua aku dah tengok.. Tetiber bini aku tanya kat amoi yang jaga warung DVD tu..."Ini gambar sudah clear ke moi?"
Amoi membalas,"Sudah kakak, kalau gambar tak cantek, kasi pulang kita ganti baru punya..."

Korang nak tau cerita apa??? "My name is Khan... Aku sabar jek la.. Layankan ajek..
So, sampai jek umah, aku basuh baju, bilas baju and sidai baju.. Wife aku dah lama tidur sebab malam sebelumnya dia tidur kul 4 pagi... Badan gatal2 kena gigit dek pijat ke hama ke aku pun tatau... Aku ni kalau badan penat mata tak lalu nak tidur.. So tgk rancangan kat TV pun mcm haremmmm... Aku teringat DVD Hindustan yang wife aku beli tadi... Aku ni bukannya peminat Hindustan pun... Tapi memandangkan dah takde cerita lain aku nak nonton, aku pun pasang la DVD tuh kat laptop sambil baring2 sebelah wife aku... Melalui sinopsis macam best la cerita nih.. So dari start cerita sampai akhirnya aku layan cerita tuh.. The result??? Aku enjoy dengan cerita Hindustan yang aku baru tengok nih... Lain dari filem2 Hindi yang aku pernah tengok.. Takde menari2 tengah2 padang ke, atas gunung ke... Totallt different.. Syabas...........
Malam ni sah2 la wife aku layan cerita ni kan??? So, aku pun akan tumpang sekaki la tengok lagik sekali..
Untuk Dato' Shah Rukh Khan, lakonan anda dalam cerita ini menjadi... Macam ni la baru best... Ini tak, balik2 ko nak nangis jek putus cinta...