Friday, January 7, 2011

Sembang Kedai Kopi 1- sekadar berkongsi pendapat..

Salam all,

ada seorang hamba Allah ni, suatu hari tu aku dok minum kopi ngan dia. Tiba- tiba soalan dia bertanyakan kepada aku, "Patut ke kita refer Allah sebagai Tuhan?" Dan dia bagi contoh macam ni-(situasi nak nasihat anak or sesape je), "Nak, jangan cakap bohong, nanti Tuhan marah..." So, pertanyaan dia tu yang membuatkan aku berfikir seperti seorang alim gamaknya. Well, aku ni mana ada tauliah untuk keluarkan fatwa kan. Silap2 kena tangkap, naya. Tapi perbualan dan pertanyaan pada hari tu hanya sekadar berkongsi pendapat, tidak lebih dari itu.

Katanya, kita tidak sepatutnya menamakan Allah sebagai Tuhan seperti kes di atas. Sebabnya, Tuhan ada banyak tetapi Allah hanya satu (esa). Sebagai seorang Islam, kita hanya mentaati Allah Yang Esa. Sedangkan Tuhan itu boleh kita refer kepada tuhan- tuhan anutan agama lain. Untuk memperkuatkan hujahan dia, dia terjemahkan kalimah Syahadah kat aku,

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Atas faktor terjemahan ni la yang menguatkan hujahan dia yang kita sepatutnya dan seelok- eloknya tidak menggunakan perkataan Tuhan tetapi menggunakan kalimah Allah dalam perbualan seharian.

Dia menambah, sama jugak dengan perkataan sembahyang. Kita perlu gunakan perkataan solat. Kalau perkataan sembahyang tu, apa yang kita sembah?? (sembah yang ????.....)

Aku hanya mengangguk2kan kepala tanda bersetuju dengan hujahan dia dengan alasan taknak dia bukak bab2 yang susah kita sebagai manusia normal ni nak berfikir. Bagi aku takde salahnya kalau kita gunakan perkataan Allah dalam bicara seharian kita. Setidak2nya secara tak langsung kita berzikir kan.. Eh? Ye ke? Entahlah.. Sebagai manusia yang mampu berfikir, kita amalkan je la apa yang kita rasa betul. Asalkan berlandaskan syariah dan sunnah.

Wallahua'lam..


Thursday, January 6, 2011

Dedicated to the people of Palestin

Jauh letakmu tak terlihat
Berkurun sengsara masih terpahat
Namun apa yang mampu ku buat
Hanya doa mengiringimu sahabat

Tangisanmu kadang tak kesedihan
Walau darah mengalir bagaikan hujan
Dentuman dituju dibalas lontaran
Hakikat kesengsaraan zaman- berzaman

Ratapan pilu dariku yang kerdil
Insan lemah yang masih jahil
Kau tegakkan hak lenyapkan batil
Walau kehidupan terus dibedil

Imanku tak teguh amalanku rapuh
Teruskan juangmu kudoa dari jauh
Biar si Jahanam hancur dan lebur
Bagai batu neraka yang Ababil tabur

Anak kecilmu berjiwa matang
Isterimu tabah dalam kehilangan
Maut tidak ajal berpantang
Syahid hajatmu dalam suci perjuangan....

(song & lyric hakmilik Mattscape Rekord 2011)

Tuesday, November 9, 2010

Khayrin Sophia

Bila ku tahu
Kau akan hadir
Menghiasi hidupku dan ibumu

Syukur ku panjatkan
Atas kurniaNya
Merasai nikmat
Yang tak terhingga

Kau lah cahaya
Yang menerangi
Melengkapkan perjalanan ini

Inginku melihat senyummu
Inginku mendengar tangismu
Kan ku jaga, kan ku bela nasibmu

Tak kira siang dan malam
Ku redahkan pagi dan petang
Kasih sayangku tersemat untukmu

(song & lyric hakmilik mattscape rekord,2010)

18 jam yang mendebarkan..

Salam and hi to all.. Ok2, aku tau dah lama aku x update blog.. Last masa July hari tuh. Yes,memang banyak perihal yang dah terjadi yang tak sempat aku ceritakan sejak 3-4 bulan yang lepas. Now aku nak berkongsi cerita pasal debaran masa bulan September lepas. Nak dijadikan cerita....

Balik keje petang tu, as usual aku akan fetch wife aku kat office dia. Al-maklum, perut tengah sarat mengandung anak sulung kami.. Bulan puasa lak tu.. Kitaorang plan untuk gi check-up macam biasa kat Naluri Wangsa Maju. It was our last meeting ngan Dr Z.. By the way, Kak As (kakak ipar aku) ada usik2 wife aku last week before our visit to Naluri ni, dia kata,"Aku dulu masa last check-up, malam tu dah bersalin.." Then masa sampai turn wife aku check-up, memang betul2 Dr Z bagitau u dah boleh masuk wad mlm ni ye... Terus berderau darah aku dengar bila Dr Z cakap macam tu kat wife aku.. Maunyer tak, dengan baju office bagai, dengan satu hape x bawak- berkecamuk jap.. Tapi macam biasa, aku buat muka cool jek.. Terus ckp kat wife aku,"Yang,kita gi bukak puasa dulu, then kita gi Hospital Ampang ok.." Wife aku follow sajork.. So lepas gerak dari Naluri tu, kitaorang berbuka puasa buffet kat Desa Pandan..

Lepas berbuka tu kitaorang straight to Hospital Ampang. Dua2 dengan tak tau apa2 main langgar jek.. Sampai kat Wad Bersalin as usual aku tak dibenarkan masuk masa wife aku kena check.. Berjinggut gak aku nunggu kat luar, dalam kul 9 lebih macam tuh wife aku keluar dah siap pakai uniform.. Gabra.. Dia bagitau memang dah "bukak" tapi still lom cukup untuk melahirkan.. Malam tu wife aku dah start sakit2 and was admitted.. Aku balik rumah capai semua barang2 keperluan (yang dah disediakan sebulan lebih awal), mandi and solat.. Pastu gerak gi hospital balik.. Aku siap belikan majalah sampai 5 jenis nak bagi wife aku jangan sangap menahan sakit.. Aku sampai hospital around 1 hour after that.. Aku tido2 ayam kat luar wad, dlm keter and kat surau.. Lepas solat Subuh around 06:45 wife aku sms ckp dia dah nak masuk Labour Room.. Dengan cargasnya aku naik balik wad and terus temankan wife aku kat dlm tu..

Start dr 06:45 sampai 15:00 aku temankan wife aku yang tengah menahan sakit nak bersalin.. Kesian giler wei tengok bini aku macam tu.. Kejap2 aku lapkan muka dia, kejap2 aku adjust katil dia, kejap2 aku hulur corong oksigen kat dia.. Macam2 la aku buat.. Masa tu dalam hati tak putus2 doa semoga semuanya selamat.. Around 15:15 macam tu, ada nurse ni tanya wife aku, "Nak cuba teran tak?" Aku pandang wife aku, dia pandang aku.. Wife aku dengan nada selamba jawab, "Boleh la.."

Sessi teran- meneran berlangsung selama 15 minit. Dalam masa 15 minit tu aku paut tengkuk wife aku and suruh dia istighfar byk2. tapi dia boleh plak Selawat kan... Nak tergelak pun ada.. Dalam sakit2 tu, dia pun sempat tergelak, ye la lain aku suruh baca lain yang dia sebut.. Masa minit yang ke-11 masa wife aku meneran, aku dah ternampak rambut anak aku.. Terbeliak dol tengok keajaiban ciptaan Allah.. Wife aku takde kasi chance, for the last 4 minutes tu dia teran kaw2 sat wa ckp lu..

Dan, Alhamdulillah, segala pujian ke-HadratNya, tepat 15:15 tanggal 08.09.10 , lahirlah puteri pertama Khairul Faizal Ismail and Hazrinna Hussain...

Inilah dia kesayangan buah hati Babah yang pertama.. Khayrin Sophia Bte Khairul Faizal.. (cantik bukan rambut dia??)

Aku azan dan iqamah kat anak aku masa lepas dibawa keluar dari Labour Room.. Lepas tu, aku disuruh keluar and tunggu wife and anak aku.. Aku terus call Mama bagitau pasal berita gembira ni.. Nak menitik airmata wei sebab happy sangat2... Alhamdulillah.. Itu jek yang asyik terpacul dari mulut aku..

Sophia, Babah and Mummy sayang kat awak sangat2.. Xmao nakal2 ye sayang... Luv ya...

Monday, July 19, 2010

Sakitnya...

Dah dekat 3 bulan aku menanggung sakit ni.. Sakit sangat bila angkat barang2 dapur yg dibeli dari Segi Supermarket.. Sakit sangat bila angkat pakaian yg dibasuh dari washing machine untuk disidai.. Sakit sangat bila menaip report.. Sakit sangat bila memetik guitar kapok aku.. Sakit sangat bila memulas stereng kereta.. Sakit sangat bila tergeliat tak sengaja... Sakit sangat pergelangan tangan kanan aku ni.. Kenapa sakit??

3-4 tahun lepas,aku accident depan kedai J kat Pandan Indah.. Aku baru jek keluar simpang dari kedai makan tu, naik motor EX5 aku dulu.. Tetiber ada la sebuah kereta Kancil ni main belasah je masuk simpang tanpa nampak yang aku kat main road ni.. Patutnya dia bagi la aku jalan kan.. Ni baik punya dia corner baring lantas aku sodok bahagian depan kereta dia ngan motor kapchai aku.. Apa lagi?? Macam Superman la aku terbang.. Tapi Superman bila dia landing kaki dulu kan?? Ni aku muka dulu lagik skit makan tar.. Dek kerana sayangkan muka aku yang agak hensem ni, aku pun tahan la tangan aku kat tar dengan harapan muka aku selamat.. Ya...Alhamdulillah memang tak kena muka... Tangan kanan aku ni la yang landing dulu.. Memang pun takde gaya Superman langsung... Aku dengan gaya bengang, angkat motor aku port tepi,walaupun tangan dah calar-balar dan sakit2..Aku sound mamat tu yang ala2 ABANG BESAR kononnya.. Dia boleh plak sound aku,"ko pehal sodok kereta aku beb??"
Aku dengan gaya angkuh + bengang + sakit hati = aku sound dia,"Ko ni bangang ke buta?aku kat jalan besar yang ko alih2 masuk macam "PARAON" apsal??"mungkin dia tatau kawan2 aku yg muka macam buragas ada dekat2 situ jek..

Dia baru nak lawan cakap aku,tetiber pakcik + makcik yang jual kuih ngan nasi lemak tepi jalan tuh sound tepek kat dia.."Dah sah2 memang salah ko..!"terus mamat yg konon2 gangster tu terdiam.. Aku cakap kat dia balai cerita.. Kalau x aku hempon cermin kereta dia pakai helmet Apollo aku.. Aku tengok dia capai handphone dia calling2 and dari cara dia bercakap tu,konon2 dia call kaum dia la suruh datang balai traffic Ampang..Ko panggil la sape pon ko nak panggil,yang penting saksi kejadian aku ada.. But at the same time,aku pun bukan la bodoh kan,terus jek calling2 sahabat2 aku yang diimport dari Keramat..Aku call suruh 2-3 orang jek datang.. Bila sampai balai,15 bijik motor yg datang..Gila ke apa bebudak ni..Tapi bangga + bersyukur ada kawan2 macam ni di saat2 aku kesusahan.. Lepas buat report,motor aku hantar workshop kat Loke Yew..Claim insurance..Dah tu tangan aku ni macamana??Mamat tu seboleh2 xnak bayar kos klinik..Dengan bantuan kawan2 yang memang gangster,aku dapat RM150 dari mamat tu.. Padan muko!!Tapi aku gi HUKM kena RM20 jek..Lega...Memang sah tangan aku ni retak..

Dan lepas bertahun2,tangan ni sakit balik..aduyai..Gi klinik tadi,doctor tu advised jumpa lagik sorang doctor Singh esok..Dia ni pakar pasal tulang2 ni..Ye la tuh doctor..Esok aku gi klinik lagik la gamaknya...

p/s:sakit2 tangan ni pun aku gagah memblog sebab dah lama menyepi..

The champ is...

Akhirnya, Spain yg menang.. Well, salah satu team yang aku sokong gak..(sebab ada Torres)... Tapi kan,yang sengalnya aku ni,semua game yg menarik and penting aku x miss pon.. Boleh plak masa final nih aku ngantuk + penat giler.. Langsung x tengok.. Bukan xde niat nak tengok.. Bini aku dah set alarm dah.. Dia janji akan kejutkan aku kul 2.30am.. Dan Alhamdulillah,gaya seorang isteri yg solehah,dia bangun n kejutkan aku..

"Yang,bangun la dah kul 2.30am ni..Game dah start tuh.."kejut bini aku dalam keadaan mamai...

"Hmm..awak tengok la dulu..Abang nak lelap skit jek lagik nih.."jawab aku tanpa ada rasa bersalah...

Hahahaha..jawabnya dua2 hanyut sampai ke subuh.. Dapat tau result masa gi keje,dengar SinarFM..Aku just tersengih macam kerang busuk.. Perbualan pagi tuh berkisar tentang game final Holland vs Spain yang aku tak tengok...Sepanjang perjalanan dari Pandan Perdana sampai ke Pusat Bandar Damansara,aku ngan bini aku saling salah menyalahkan pasal tak bangun tengok final... (and of cos,dalam gelak ketawa...)Aku cakap kat dia ape ada hal,balik keje kang tengok jek la Siaran Tertunda...

Wednesday, July 7, 2010

Sekian lama wei...

Dah lama giler rasanya aku tak meng"update" blog aku nih.. Lain la macam bini aku,bukan ada keje sangat kat office.. Kejap2 update blog.. Macam aku ni, bukan kerja memerap kat office jek, kekadang tu kena site visit la, site meeting la, jumpa clients la.. Haiiihhhhh... Actually selain tuntutan kerjaya yang memang memenatkan, aku takde idea sebenarnya nak tulis... Well, aku bi bukan dilahirkan sebagai pengarang ke novelis ke ape ke... Ni sekadar minat sahaja2... So aku rasa aku just nak kongsi moment2 yang dah berlaku sejak kehilangan aku dalam arena blog nih..

Mari kita mulakan dengan World Cup... Hahahahhaa... Aku ada 3 teams pilihan untuk World Cup kali ni... England, Spain and South Korea... Aku memang dari dulu jadi penyokong England team.. Tatau kenapa..Mungkinkah aqal aku nih memang dah disogokkan dengan promosi2 team England ketika aku berusia 6 tahun! Entah, yang pasti aku rasa minat aku terhadap sesebuah pasukan itu bergantung kepada keseluruhan pemain yang aku kenal.. So bila tengok games dorang kat TV baru feel kenal semua player.. Even cameraman x closed-up pun aku tau sape yang tgh bawak bola, berdasarkan kepada gaya dribbling atau gaya larian dorang.. Or mungkin aku ni peminat setia Liverpool FC sejak kecik.. So, dah terbiasa dengan gaya permainan English.. Tapi kadang2 aku pelik, bila Premier League ramai gila kawan2 aku sokong MU/Chelsea/Arsenal/West Ham pun ada, tapi bila World Cup sokong Argentina, Brazil, Germany etc2 selain England.. X kisah pun team mana dorang nak sokong, tapi at least ambik tau la perkembangan league negara dorang.. Ini korang just kenal star players jek.. Macam shialll.. And of cos, untuk kaum pompuan lak, team mana yang lagik ramai pemain hensem (eventho stgh dr dorg "gay") itu yang dorang pilih.. Mungkin media negara kita terlalu menyogok Premier League untuk tatapan umum.. Sgt kurang game2 yang melibatkan liga seperti La Liga, Serie A, Bundesliga dan yang sewaktu dengannya..

Kecewa?? Ye aku sgt2 kecewa bila England terkandas kat 2nd round.. Tapi memang patut pun terkandas, main masing2 macam haram jadah.. Takde quality.. Mcm Rooney yang dicanang2 akan merobek kubu pertahanan lawan katanya, main mcm budak bawah 16 sekolah Tamil.. Defenders semua hancit (hancur + pancit)... Tapi nak buat macamana kan??

Spain? Macamana aku bleh terjebak minat Spain eh? Dulu aku suka tengok Raul Gonzales punya style atas padang.. Selain tu, aku suka tengok Puyol dengan gaya kelam- kabutnya.. Rambut dah la macam shiall.. Hahahahaaha.. Sebabnya aku rasa skang ada Fernando Torres and Xabi Alonso.. Sorang player Liverpool and sorang ex player Liverpool... But dengar khabar Roman Abramovich nak beli Torres lepas ni, so aku rasa aku akan kuburkan sokongan aku kepada team Spain if betul Torres blah gi Chelsea... Demmit... Pasai apa aku still support Xabi Alonso eventhough dia blah tinggalkan Liverpool? Takde hal akalu blah gi La Liga or league mana sekalipun, asalkan jangan gi mana- mana teams dalam Premier League.. Sakit hati dol... But for this 2010 World Cup, hanya tinggal Spain team pilihan utama aku selain Holland..
Pehal lak aku sokong South Korea??? Pasal boss aku org Korea.. Jadik terpaksa la poyo2 ayam sokong and try to kenal all the players... Baru boss sayang... Tak gitu?? Arrrghhh... Malas la aku nak upload gambar team Korea ni... Beside boss aku orang Korea, aku rasa sebagai orang Asia aku kena la pilih satu team Asia untuk disokong kan??? Nak pilih Japan, agak kureng la.. Aku cuma minat Japan zaman2 Nakata dulu... Takkan nak pilih North Korea?? Giler communist... Hahahahaha...
Di saat blog ni aku update, Holland dah berjaya mara ke pusingan akhir World Cup kali ni... Malam ni tunggu either Spain or Germany... Semalam dah sah2 aku sokong Holland kan?? Nak tau ape sebab?? Sebab ada Dirk Kuyt and Ryan Babel.. Lu pikir la sendiri... Hopefully Spain dapat kalahkan Germany eventhough nampak atas kertas macam susah... Tapi Jabulani tu bulat beb... Anything can happens... Kalau Holland vs Spain kat final, aku neutral walaupun hati aku lebih kat Spain.. Kalau Holland vs Germany, dah sah2 aku sokong Holland kan...
Thanks jugak kat wife terchenta sebab kadang2 dia temankan laki dia ni melayan bola macam orang sewel kat TV.. Macam semalam, tetiber dia bangun and duduk bleh layan 1st half game Uruguay vs Holland... masuk 2nd half dia pun layan, layan tido la tapi... Hehehehe..
Tak kisah la team mana kita semua sokong, apa sebab- musabab kita sokong team itu, yang penting kita enjoy kedatangan 4 tahun sekali World Cup ni.. Tapi jangan la sampai tanggungjawab kita diabaikan atau diremehkan.. Akhir kata, "Say No To Racism"....
p/s: macam nak gi beli vuvuzela buat kenangan...