Looking back all those times,to all my sins & to all my crimes,to all my loyalties are unquestionable,I've dedicated all my life & soul,no one dared to be around,weren't there to catch me when i fell...
Tuesday, August 23, 2011
Al-Fatihah untuk Mak and Tok Chik..
Assalam all..
dah nak raya ni teringat kat nenek aku yg aku panggil mak. Mak meninggalkan anak2,menantu2,cucu2 dan cicit2 selamanya tanggal 16/11/2010 jam 0247. Aku ingat lagi, keluarga dah call suruh balik Singapore secepat mungkin sebab mak macam dah takde harapan. Aku terus ambik cuti and planned ngan family aku akan balik Singapore keesokan harinya lepas subuh. Malam tu sebelum tido, aku call mama and bagitau suruh bisikkan kat mak yang aku mintak ampun dan halalkan semuanya. Ye la, mak jaga aku dari kecik kan. Mama bagitau masa mama bisikkan hajat aku kat mak, mak hanya anggukkan kepala. Alhamdulillah. Oh ye, mak meninggal kat Changi General Hospital disebabkan "lung carcinoma". Aku pun tatau apa "carcinoma" tu, but from what I've been told, ia macam lung cancer la.
Malam tu aku tak dapat nak lena sangat, and around 0300 aku dapat call dari adik aku, Pipi. Hati aku dah tak sedap dah, dia cuma cakap,"Long, sabar eh.. mak dah takde.." Aku tergamam, tatau nak cakap apa, terus letak phone. Terus aku baca Al-Fatihah utk Allahyarhamah.
Tak sampai setahun pemergian mak, adik bongsu mak yang aku panggil Tok Chik plak meninggalkan kami. Aku sempat melawat arwah kat Hospital Melaka. Tapi keadaan arwah masa tu koma. Mama bilang, Tok Chik macam merana sebab kakak dia (mak) pergi dan dia memang rapat ngan arwah mak. Selepas mak meninggal dulu, kami kira macam menumpang kasih ngan arwah tok chik, sebab arwah tok chik muka saling tak tumpah macam arwah mak. Tapi Allah Maha Berkuasa dan sayangkan mereka. Dah nak hampir kepada Syawal ni, rasa macam syahdu plak bila terkenang saat2 manis dan indah ketika mereka masih ada lagi. Tapi aku redha dengan ketentuan-Nya. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
Barangsiapa yang membaca entri aku kali ni, aku pohon sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka, Allahyarhamah Hajjah Tijah Bte Hassan dan Allahyarhamah Aminah Bte Hassan... Al-Fatihah...
Subscribe to:
Posts (Atom)