Thursday, March 11, 2010

Mr Mama..

Hey all.. been a long time since I've updated this blog aye? well honestly don't have any great ideas to share with "uols"... Huhuhu... As to date ni pun, memang takde apa nak cerita... It just that nak kongsi sikit jek pasal house chores yang aku take over from my beloved wife... Sebelum2 ni takde la plak aku terpikir macamana letih and penatnya membuat kerja2 rumah.. Ye la, bagi kebanyakan lelaki2 di luar sana, most of them pikir kerja2 rumah nih mesti dilakukan oleh sang isteri.. Tak terkecuali la aku kan.. But after my wife got pregnant, mcm2 symptoms yang dia kena.. For instance, muntah2 (dengan hebatnya ok..), x lalu makan and cepat melenting.. Bagi aku, setakat muntah2 ni standard la kan... Dalam TV pun selalu nampak dlm Cerekarama or siri2 Melayu kalau pompuan tu hamil (perrghhh..skema betul ayat "hamil" ittew..) mesti la dia muntah2 kan.. Selalunya kalau wife aku muntah2 aku akan pegi ke toilet skali nak tengok keadaan dia.. Azab jugak aku tengok dia muntah wei... Kesian wa cakap lu... Tapi kalau aku "tertido mati", memang la pendengaran aku tak dengar "uwek2" dia tu.. Selalunya bila aku tengok macam susah sangat dia nak muntah aku urut2 la tengkuk dia.. And selalu la dia buat muka cakap sakit bila aku urut2 manja tengkuk dia... Last2 skang ni dia muntah aku biarkan jek dia layan sorang2... Baru feel kot muntah sorang2 tanpa ada gangguan... Ntoh...
Aku ngan wife aku ni bleh la dikategorikan sebagai pasangan yang suka atau mempunyai obsesi terhadap makanan.. Bila dia dalam 1st trimester nih, keupayaan terhadap obsesi ittew merudum dengan amat ketara.. Jadi, tinggallah aku terkontang- kanting melahap juadah2 dinner seorang diri.. Dia just baham burger, roti dan yang sama batch dgnnya.. Kena plak aku ni telah dilabelkan oleh isteriku yang terchenta ittew sebagai seorang Melayu yang tok2... Sehari tak dapat nasi, menggigil satu badan.. Yang dia plak takleh nak terima kehadiran butir2 putih bernama nasi ittew ke dalam tekaknya... Tapi, yang aku pelik, bila balik rumah parent dia, melantak nasi gaya macam baru balik dari Sudan.. Berselera jek.. Maybe air tangan ibu tu kot yang buat dia berselera.. Kena kalau air tangan aku??? Memang MC la 2 hari kena "cirbir"... Di atas tu adalah antara makanan yang diminati oleh wife aku- Nasi Goreng Kerabu.. Hari tu ada la order masa kitaorang makan kat Jln Pantai Bharu.. Tapi dia makan cenonet jek.. Nak suruh aku abiskan, tapi aku Nasi Goreng Kerabu ni kureng sikit.. Aku doa2 sangat masuk 2nd trimester ni nafsu makan dia yang lama tuh akan datang balik.. Rindu wei nak tengok dia makan dengan gelojoh... Hahahaha.. Kalau ada sparring partner time makan baru syok, baru terasa nikmat makanan tu.. Ye tak?
Pasal cepat melenting plak, aku taknak la komen banyak2... Tapi takde la sampai pinggan mangkuk berterbangan kat rumah kan... Maybe hormones dia yang buat dia cepat angin, sensitif and emotional.. Aku layankan aje...
Selalunya, balik keje dia akan kemas rumah (walaupun rumah tak bersepah), basuh baju, lipat kain and kemas2 apa yang patut... La ni, dengan keadaan dia yang amat letih and lesu, aku terpaksa take over kerja2 ittew kecuali lipat baju... Aku ni dari zaman bujang mana reti lipat baju.. Masa kat sekolah dulu, ada jek junior2 aku yang baik hati lipatkan baju2 aku... Lepas2 tu, aku main gantung jek dalam wardrobe ataupun ampai khas kat bilik aku.. So, keje2 membasuh, membilas, menyidai dan mengangkat baju adalah job description terbaru aku kat umah.. Kemas rumah sikit2 sekadar sedap mata memandang pun aku buat kadang2... Tapi wife aku ni jenis keras kepala.. Some weekends dia vacuum rumah time aku tido.. Hari Ahad adalah sungguh heaven bagi diri ini.. Wife aku bleh tahan la understanding bila hari Ahad sampai.. Aku tido tak ingat dunia... Tengahari baru tercelik mata nak bangun...
Ni aku tengah YM ngan bini aku, dia kata "pagi ni tak pening2 macam selalu..." Well i think it's a good sign yang dia akan kembali normal sebab dah masuk 2nd trimester kan.. Aku berdoa sangat everything will be going very smooth... Aku tak sabar nak jadik Big Daddy Cool..
Ni aku baru lepas isap rokok sebatang, and tetiber idea aku nak memblog ni takde dah.. Jam.. Demmit.. So, till then...
Thanks and regards.. (heheheh...macam tulis surat kat client...)