Assalamualaikum... macam biasa memang akan mengambil masa yang agak lama untuk menyumbangkan tulisan di dalam blog ini... Well sebenarnya takde apa yang ingin diluahkan.. Tapi hari ini ada sebuah utusan kegembiraan untuk diri ini dan sang isteri.. Begini ceritanya...
Semalam aku dan isteri telah menghantar adik perempuanku dan juga sahabatnya ke LCCT... Di dalam kegelapan malam dan juga kedinginan air-cong Waja isteriku, tetibe dia ter"jeluek".. Apakah?? Mungkin perut kosong sebab kami belum dinner lagik... Tapi kitaran haid isteriku telah terlambat beberapa hari... Cool.... Selepas menghantar 2 orang yang tembam ittew ke LCCT, aku dan isteri pun balik menuju ke kediaman mertuaku di Nilai... Dan si isteri ingin terus ke pharmacy yang berdekatan untuk membeli "prenancy test".. Aku ok je, tapi dalam hati berdebar- debar... Ye la, 1st time masuk pharmacy cari bende ittew... Selalu cari bende lain... So, setelah membelek- belek kurang lebih 5 minit di depan susunan- susunan tester ittew, isteriku pun dengan selambanya mengambil salah- satu tester yang didisplay ittew..
Lepas tu terus cargas balik umah, aku ni tgh nervous terus capai dunhill light sebatang lepak luar rumah.. Baru tarik beberapa pam, isteriku memanggil dari dalam bilik untuk temankan dia buat test tuh... Fuuuhhhh..... Gobra geng... Tapi aku buat muka maintain sajork... The kelakar part ialah, masing- masing 1st time nak buat test tuh, the 1st tester tuh kitaorang letak terbalik kan..... Mampus x keluar2 result dia... Lepas aku semacam tak puas hati, aku ambik kotak tester tuh and tengok arah kedudukan atau posisi yang betul untuk dicelupkan... The 2nd tester aku yang letak... Seminit yang pertama, xde line daaaa.... Tapi mengikut manual yang dibekalkan, kita kena tunggu lebih kurang 40 saat hingga 5 minit.. Dalam minit yang kedua macam tuh, terbitlah line yang kedua... Errrkkk??? Aku dan isteri pandang antara satu sama lain... Senyum! Then aku keluar dari bilik panggil mak mertua aku... Mak mertua aku pun cakap insyaAllah betul tuh... mungkin dah berusia sebulan... Alhamdulillah...
Tapi kami still nak kepastian... Lepas dinner (kul 10pm), kami cargas balik Pandan Perdana and nak singgah Klinik Idzham kat Menara MPAJ... And the result is the same... Alhamdulillah... Aku dah janji kat wife aku sebelum nih, kalau dia pregnant aku nak berenti smoking... Quit smoking depan dia and dalam rumah... huhuhuhuhu.... And aku kena jaga mulut aku dari mengeluarkan kata- kata kesat...Hahahahha...So, kalau ada sesape yang buat aku marah lepas- lepas ni, aku senyum je la... Sabar beb....
Lepas gi klinik, kitaorang terus balik rumah and bagitau mama aku berita ni.. Mama aku dah tido time kitaorang sampai, bleh plak mama aku bangun and dok bercerita and bagi tips/ nasihat... Thanks ma...
So, ittew adalah perkhabaran untuk hari ni.. Sesiapa yang terbaca blog aku ni, doa2kan la kesihatan isteri and anak aku yang ada dalam kandungan dia ye... Wassalam..