Tuesday, July 3, 2012

Salam Buat Gaza

Jauh letakmu tak terlihat
Berkurun sengsara masih terpahat
Namun apa yang mampu ku buat
Hanya doa mengiringimu sahabat





Tangisanmu kadang bukan kesedihan
Walau darah mengalir bagaikan hujan
Dentuman dituju dibalas lontaran
Hakikat kesengsaraan zaman berzaman

Ratapan pilu dariku yang kerdil
Insan lemah yang masih jahil
Kau tegakkan hak lenyapkan batil
Walau kehidupanmu terus dibedil

Imanku tak teguh amalanku rapuh
Teruskan juangmu ku doa dari jauh
Biar si jahanam hancur dan lebur
Bagai batu neraka yang Ababil tabur

Anak kecilmu berjiwa matang

Isterimu tabah dalam kehilangan
Maut tidak ajal berpantang
Syahid hajatmu dalam suci perjuangan

Thursday, December 15, 2011

Aku masih bersabar.....

......kalau tak, dah lama Boss aku tu kena tumbuk... aku tunggu sikit masa je lagik, semoga planning CA Resources akan menjadi kenyataan then aku akan bergabung secara full time dengan partner cum sahabat aku yang 2 orang tu....

Pantang betul aku kalau boss aku skang nih mengarah aku ala2 Nazi... dia ingat aku ni Yahudi ke? Dah la tu plak, suruh buat benda yang bukan tertera dalam job scopes aku... Ko suruh la lakhanat2 yang lain buat keje tu.... Sial!

To Kim Jong Kwae: Fuck Off and Die!

Tuesday, August 23, 2011

Al-Fatihah untuk Mak and Tok Chik..

(yang dok atas wheelchair tu mak, belakang mak tu plak tok chik)

Assalam all..

dah nak raya ni teringat kat nenek aku yg aku panggil mak. Mak meninggalkan anak2,menantu2,cucu2 dan cicit2 selamanya tanggal 16/11/2010 jam 0247. Aku ingat lagi, keluarga dah call suruh balik Singapore secepat mungkin sebab mak macam dah takde harapan. Aku terus ambik cuti and planned ngan family aku akan balik Singapore keesokan harinya lepas subuh. Malam tu sebelum tido, aku call mama and bagitau suruh bisikkan kat mak yang aku mintak ampun dan halalkan semuanya. Ye la, mak jaga aku dari kecik kan. Mama bagitau masa mama bisikkan hajat aku kat mak, mak hanya anggukkan kepala. Alhamdulillah. Oh ye, mak meninggal kat Changi General Hospital disebabkan "lung carcinoma". Aku pun tatau apa "carcinoma" tu, but from what I've been told, ia macam lung cancer la.

Malam tu aku tak dapat nak lena sangat, and around 0300 aku dapat call dari adik aku, Pipi. Hati aku dah tak sedap dah, dia cuma cakap,"Long, sabar eh.. mak dah takde.." Aku tergamam, tatau nak cakap apa, terus letak phone. Terus aku baca Al-Fatihah utk Allahyarhamah.

Tak sampai setahun pemergian mak, adik bongsu mak yang aku panggil Tok Chik plak meninggalkan kami. Aku sempat melawat arwah kat Hospital Melaka. Tapi keadaan arwah masa tu koma. Mama bilang, Tok Chik macam merana sebab kakak dia (mak) pergi dan dia memang rapat ngan arwah mak. Selepas mak meninggal dulu, kami kira macam menumpang kasih ngan arwah tok chik, sebab arwah tok chik muka saling tak tumpah macam arwah mak. Tapi Allah Maha Berkuasa dan sayangkan mereka. Dah nak hampir kepada Syawal ni, rasa macam syahdu plak bila terkenang saat2 manis dan indah ketika mereka masih ada lagi. Tapi aku redha dengan ketentuan-Nya. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

Barangsiapa yang membaca entri aku kali ni, aku pohon sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka, Allahyarhamah Hajjah Tijah Bte Hassan dan Allahyarhamah Aminah Bte Hassan... Al-Fatihah...

Wednesday, July 27, 2011

Berilah kekuatan...

Assalam all...

2 minggu lepas aku berpeluang balik ke Singapore. Rancangan utama ialah untuk menghadirkan diri ke Kenduri Tahlil arwah ninda tercinta, Hajjah Tijah Binti Hassan. At the same time, dapat la jumpa sedara- mara, pakcik- makcik, sepupu- sepapat. That Saturday, aku bertolak dari rumah mertua kat Nilai menuju Singapore dengan wife and anak aku. Supposingly, aku singgah rumah parent aku kat Senai nak ambik "white card" sebelum masuk Singapore. Tapi Ma'am aku ada jumpa card tu 4 keping dalam personal folder dia. So cukup la untuk kami bertiga. Planned nak ikut 2nd Link, tapi masa kat Air Hitam, aku suruh Ma'am check traffic thru her blackberry (dunia tanpa sempadan, kata Ma'am aku). And Alhamdulillah jalan kat Causeway tak sesak as usual.

Actually aku bukan nak cerita sangat pasal trip aku balik Singapore. Yang aku nak cerita pasal makcik aku, Normadiah Abu Aman or aku panggil dia Mak Tam. Masa aku sampai rumah Mak / Acu, bila dah salam2 semua orang aku tanya, Mak Tam mana? Adik aku bagitau Mak Tam tengah tidur sebab dia tak berapa sihat. Habis tu, sape yang masak semua juadah untuk kenduri ni? Adik aku jawab, Mak Tam yang masak even dorang tak kasi and suruh dia rehat. Tak lama lepas tu, Mak Tam pun bangun dari tidur. Dia pakai mask, and aku tanya kenapa? Dia kata dia batuk2, and doctor kata ada lendir dalam lung dia. Dia planned nak gi hospital check- up on the next Tuesday meaning that lagi 3 hari from the day we had the conversation. So, kenduri berjalan lancar, kitaorang gurau2 as usual bila dah berkumpul. Suara semua orang memang dah terkenal "high pitch" kan. The next morning, Mak Tam and Pak Tam datang and lepas Mak Lang sampai kitaorang ramai2 dah macam rombongan Makcik Kiah gi breakfast kat Banquet Causeway Point. As usual, aku mesti belasah Mee Rebus and Ma'am makan Murtabak. Yang lain2 ada yang makan laksa, mee siam, roti prata etc. Mak Tam eventho masih dengan mask, tak nampak apa2 yang serious pun. Then, lepas breakfast, they straight away to hospital. Aku planned nak gi Zoo Mandai bawak Sophia and Ma'am- sebab kitaorang memang dah rancang masa kat KL lagi. Sebab if nak gi Universal Studio, macam tak sempat.

Tak tau la kenapa, everybody yang nak gi Zoo that day macam delaying all the activities. Tertidur la, berborak la, si kecik aku pun tido bagai. At noon macam tu, Mak Lang called from hospital informed Mak Tam dah warded. So we decided to go and visit Mak Tam. All the activities cancelled. Kitaorang naik MRT ramai2. Turun kat Novena and kuar dari tunnel jek dah sampai main entrance hospital Tan Tock Seng.
(infrastructure kat Spore mmg A wei...)

Sampai hospital kitaorang kena register and 4 orang je dibenarkan naik at a time. So, aku akan naik kendian la. Bagi Acu, Mokde, Lisa and Dian naik dulu. Yang lain lepak kat cafeteria. Lepas lebih kurang 45 minit tu, dorang turun ngan Mak Lang. Aku tengok Mokde menangis. Aku tak sedap hati. Terus aku naik ngan Pak Tam and Ma'am. Sophia aku tinggalkan kat bawah dengan Lisa.

Sampai kat ward, aku tengok Mak Tam tengah baring. Lepas salam dia, aku berbual and tanya macamana keadaan dia. Dia cuba bercakap as if it's not that serious. Dia cuba ketawa, buat lawak as usual. Sampai satu tahap, tiba-tiba dia cakap kat Pak Tam dia takut nak hadapi "chemo" sambil nangis. Aku genggam tangan dia and tak semena2, aku pun nangis sekali. Ma'am pun nangis. Tapi Mak Tam tetap cuba untuk tak nangis, cuba buat lawak lepas tu. Dia nak makan nasi ayam and Pak Tam call Acu minta tolong belikan nasi ayam. Bila Acu sampai, Acu motivate Mak Tam cakap jangan fikir benda lain except for her health jek. Aku pun nak Mak Tam buat the same thing. Jasa Mak Tam kat aku sangat besar. In fact, selain Mama sebagai ibu kandung aku, arwah Mak (nenek aku), Mak Lang, Mak Tam and Acu tengok aku membesar depan mata dorang. Sebab tu aku dah regards dorang lebih dari makcik aku.

Aku cuma boleh berdoa ke-hadrat Ilahi, jika betul Mak Tam disahkan cancer stage 4, berilah Mak Tam kekuatan yang maksima. Ceriakanlah hari2 mendatang untuk dia. Malam tu anak Mak Tam yang nombor 2 datang hantar kuih Kaswi, sempat gak Acu motivated dia. She's such a clever and strong kid. Macam Mak Tam. And dia rapat ngan aku masa dia kecik2 dulu.

"Ya Allah, berilah kekuatan kepada Normadiah Abu Aman agar beliau dapat menempuh keperitan hidup dan jua dugaan-Mu dengan hati yang tabah dan redha..."

Kepada sesiapa yang terbaca entry aku ni, aku pohon sama2 mendoakan Mak Tam jua. Jasa kalian aku hargai. Wassalam.

Wednesday, July 20, 2011

Pembatalan 30 days challenge...

Guess what? I'm not a hardcore blogger. Kerja banyak kat office and sites meninggalkan aku dengan ketidak-adaan masa untuk melayari blog ni. So, dengan rasminya aku menamatkan 30 days challenge yang ntah apa2 ntah ni..

Wassalam...

p/s: InsyaAllah akan terus menulis dan menulis bila dah tak banyak kerja kat both office and sites.

Monday, May 23, 2011

Day 6 – A song to match your mood.

A song to match my mood??When??Now??Skang baru lepas makan nasi lauk ayam goreng drumstick + lemak pucuk ubi...So mood ngantuk skang....The song is......

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat menyintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

(by:Anuar Zain-OST Merong Mahawangsa)

p/s:baru la ada mood nak tido....